“Macam anak h4ntu citer Korea je” – Elfira Loy

Ramai yang mula mengenali nama Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri sejak drama Qaleesya. Elfira adalah antara pelakon yang memulakan kerjaya dalam industri seni seawal usia kanak- kanak. Beliau juga turut mempunyai 2 orang adik yang turut berkecimpung dalam dunia seni sebagai pelakon iaitu Esliza Loy dan juga Ahmad Ezzrin Loy.

Elfira Loy telah mendirikan rumahtangga bersama Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

Baru- baru ini Elfira telah melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi perempuan. Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak Anzalna iaitu 20 Mei yang lalu, setelah 7 hari melahirkan anak kedua Elfira akhirnya berkongsi nama pilihan beliau dan suami kepada umum iaitu Nur Aria Mikayla.

Di kesempatan tersebut juga, Elfira turut berkongsi akaun Instagram anak keduanya itu bersama para peminat.

Elfira berharap para peminat juga dapat mendoakan yang baik-baik buat anak perempuannya itu.

Terkini menerusi Instagram, Elfira berkongsi sekeping gambar terkini anak sulungnya buat tatapan para peminat beliau. Tulis Elfira di perkongsian gambar berkenaan, wajah anaknya itu persis anak hntu drama korea.

Wajah anaknya yang putih gebu dan comel itu sememangnya menarik perhatian para peminat yang merasa geram melihat kecomelan wajah Muhammad Rayyan Khalaf itu.

Sebelum ini wajah anak Elfira ini pernah tular apabila ramai netizen yang menyamakan wajah anak Elfira itu seperti wajah selebriti korea malahan ada yang berkata wajah Rayyan tidak ubah seperti kanak- kanak di korea.

Meskipun berasa bersyukur dengan pujian daripda para netizen berkenaan namun Elfira mendedahkan beliau tidak pernah menonton drama korea sepanjang mengandungkan anak lelakinya itu. Mungkin secara kebetulan sahaja Rayyan memiliki wajah putih gebu seperti kanak- kanak di korea.

Wajah comel kanak- kanak berkenaan sering memikat hati para netizen hingga merasa geram setiap kali menjengah ke laman Instagram milik pelakon kecik molek itu.

Menerusi ruangan komen pula, meskipun Elfira bergurau dengan tulisan beliau di Instagram namun rata- rata netizen berkata mereka tidak akan merasa takut sekiranya Rayyan adalah h4ntu yang di maksudkan sebaliknya akan membawa Rayyan pulang ke rumah malahan merakamkan gambar kenangan sekiranya berjumpa dengan Rayyan. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Kini Elfira dalam proses berpantang anak kedua. Beliau yang aktif di media sosial berkongsi aktiviti bersama para peminat adakalanya berkongsi aktiviti seharian beliau menjalani proses berpantang serta melayani kerenah anak lelakinya Muhamamd Rayyan Khalaf.

Sumber: ig elfira loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!