“Dia ingat dia kecik org tak nampak, defìnitely my son” – Farah Nabilah

Apabila punyai anak dalam sesebuah keluarga itu, mereka membawa kemanisan dalam hubungan itu. Walaupun penat dan lelah dalam membesarkan anak-anak, tetapi itulah kemanisan yang dirasai oleh setiap ibu bapa dalam dunia ini kerana anak itulah yang membawa kebahagiaan dalam keluarga. Ragam tawa anak-anak itu membuatkan kita sebagai ibu bapa makin bersemangat untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak masing-masing.

Begitu jugalah pelakon wanita tempatan kita, Farah Nabilah yang telah membina rumahtangga sejak 3 tahun lalu telahpun punyai seorang anak lelaki bernama Andre Omar atau lebih mesra dipanggil Dre.

Farah Nabilah sering dilihat sebagai seorang ibu yang suka berkongsi keletah anaknya yang berusia 9 bulan itu. Andre pula dilihat sebagai anak yang sangat bijak dan suka mengeksplorasi perkara baru.

Baru-baru ini, Farah Nabilah berkongsi detik kelakar yang berlaku ketika beliau sekeluarga sedang menyambut hari jadi di rumah kediamannya.

Di lihat dalam video berkenaan, Andre yang punyai sifat ingin tahu mahu menyentuh kek hari jadi yang berada depan matanya. Yang kelakarnya adalah, Andre bijak mengintai orang lain untuk tidak melihatnya menyentuh kek tersebut.

Comel betul perangai Andre. Menurut ibunya di ruangan kapsyen, Andre sudah beberapa kali mencuba sentuh kek tersebut sebelum itu dan kali ini beliau berjaya juga mencapai kek tersebut.

Para netizen sangat terhibur sekali melihat gelagat Andre yang curii-curii mengintai demi menyentuh kek tersebut. Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan Andre yang pertama ‘merasmikan’ kek tersebut.

Begitulah anak-anak. Mereka sebenarnya punyai sifat ingintahu yang sangat tinggi kerana mereka masih baru dalam dunia ini dan kerana itulah mereka belajar untuk merasa apa segala yang mereka ingintahu menggunakan 5 deria rasa mereka. Ini sebenarnya menunjukkan anak kita sihat dan perkembangan otak mereka sangat meluas.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!