“Dia lukis atas karpet je”- Sharifah Shahirah

Setiap manusia mempunyai keistimewaan diri masing-masing. Apa jua kelebihan yang kita miliki adalah kurniaan daripada Allah SWT dan kita harus mensyukuri nikmat yang telah diberikan. Siapa sangka, bakat semulajadi yang sedia ada pada diri seseorang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka antaranya ialah peluukis. Bercerita tentang bakat semulajadi, anak perempuan kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira iaitu Aaira mempunyai bakat yang cukup luar biasa.

Aaira berbakat dengan melukis salah satu karakter menerusi drama korea popular Squid Game di atas karpet sahaja tanpa sebarang alat lukisan.

Drama popular Squid Game menjadi popular di Malaysia sehinggakan drama tersebut menjadi trending dan ikutan dalam kalangan rakyat Malaysia.

https://www.instagram.com/tv/CUsO6ovlJ_C/?utm_medium=copy_link

Selain itu, Bakat terpendam yang dimiliki Aaira telah disedari ibunya sendiri baru-baru ini selepas memasuki ruangan bilik tidurnya. Sharifah Shahirah kemudiannya merakam hasil lukisan anaknya itu dan berkongsi di laman Instagram.

Posting Sharifah Shahirah akhirnya menjadi perhatian rakan-rakan artis dan juga netizen. Rata-rata teruja dan kagum dengan bakat istimewa anak perempuannya. Bukan biasa-biasa ya anak Shiera dan Ijoy ni hehe..

“Syukur dikurniakan anugerah bakat seni, cantik sangat, SubhanaAllah berbakat betul ni”- Netizen

Dalam pada itu, posting video Sharifah Shahirah ditonton sehingga hampir 200,000 tontonan.

Video berdurasi 1 minit itu telah menerima komen positif daripada rakan-rakan artis Sharifah Shahirah dan netizen.

Bukan selalu tengok hasil lukisan dari atas karpet jr, betul-betul kreatif ye anak Shiera dan Ijoy ni. Suka tengok anak-beranak ni..

Sumber: Instagram shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!