“Hari check up dia nak keluar terus” – Anzalna

Benarlah jodoh, pertemuan, aj4l dan m4ut di tanganNya. Kadang kita hanya merancang dan membuat jangkaan, tetapi Dia jualah yang menentukan. Begitulah situasi didepani pelakon cantik, Anzalna Nasir ini. Dikurniakan cahayamata baru-baru ini, dia juga mengimbas momen di Instagramnya tentang momen dihadapinya tatkala menyambut orang baharu dalam keluarga. Menariknya melihat video dikongsikannya bikin ada yang sebak.

Mana tidaknya, dengan kehadiran bayi comel, sesiapa sahaja menatap wajah si kecil dari syurga itu pasti berasa sebak dengan kehadiran insan kurniaan Ilahi ini. Tambahan pula dengan wajah suci dan polosnya.

Perkongsian Anzalna di IG nya itu antara yang ‘sampai’ di hati netizen. Melihat kakak Anzalna, Diana Nasir yang mengendong anak adiknya itu dalam keadaan terlihat sebak, bikin ramai netizen yang luluh hati.

Sudah tentu sebagai ibu saudara, melihat anak saudara yang lahir dari zuriat adik sendiri umpama melihat anak sendiri. Pastinya tersemat pelbagai rasa sebagai seorang ibu tatkala melihat bayi yang baharu dilahirkan.

“Motherly sangat”, “Alhamdulillah, tahniah Anzalna, selamat berpantang”, “Tahniah, tak sabar nk tengok baby comel ni”, “kak d ambik aura baby boy’”, “Mommy Dee punya reaction masyaAllah.” Itu antara layangan coretan netizen.

Dalam pada melihat ramai memberikan respons terhadap reaksi tingkah keibuan Diana atau mesra dipanggil Dee ketika mendukung bayi itu, kebanyakan netizen di ruangan komen mengucapkan selamat berpantang dan tahniah kepada Anzalna.

Terdahulu, Anzalna dalam kapsyen hantarannya, dia berkongsi tentang anaknya yang sepatutnya dijangkakan dilahirkan pada hujung Mei ini. Namun takdir Ilahi ketika melakukan rawatan susulan ibu hamil pada 20 Mei lalu, terus si kecil itu mahu keluar.

Mengaitkan hari raya tahun ini yang disambut pada hari yang tak dijangkakan, Anzalna juga menyifatkan bayinya juga sama. Begitu pun beliau bersyukur anaknya selamat dilahirkan tiga hari lalu.

Katanya banyak lagi yang hendak dikongsikan dari momen kelahiran tersebut, namun kata Anzalna ia akan disambung nanti. Dalam pada itu, Anzalna sempat tag kakaknya Dee dan menyatakan rasa sayang pada kakaknya itu.

Selain Anzalna, empat lagi adik beradik perempuannya sebelum ini pernah mencuri tumpuan dek kecantikan dan kelebihan diri mereka. Selain Diana yang sulung; Anzalna kedua, tiga lagi adiknya iaitu Afifah, Nazirah dan Mia. Keakraban mereka lima beradik juga memberi inspirasi.

Sumber : IG Anzalna Nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!