“Sy minta maaf, sy langsung tak ada niat nak susahkan Datin dan keluarga Datin” – Staff ibu Neelofa

Sekitar Januari tahun ini, ibu kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini telah di hujani kontr0v3rsi apabila tindakan beliau untuk mempatenkan produk Daging Harimau Menangis keluaran syarikatnya menerima k3cam4n netizen. Bertambah hangat adalah apabila telah tular sebuah video yang memaparkan ibu Neelofa bersama salah seorang ahli keluarganya merakamkan aktiviti mereka memasak produk Daging Harimau Menangis sambil berkata selepas ini tiada sesiapa lagi yang boleh menggunakan nama tersebut melainkan mereka.

Netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan Datin Noor Kartini itu kerana nama Daging Harimau Menangis merupakan kata nama khas yang merujuk kepada bahagian daging tertentu pada seekor lembu. Oleh itu nama berkenaan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan tidak esklusif daripada buah fikiran Datin Noor Kartini sendiri.

Disebabkan itu tindakan ibu Neelofa mahu mempatenkan nama berkenaan menerima tentangan ramai pihak dan netizen juga merasakan ianya tidak wajar kerana bakal menyekat sumber pendapatan orang lain juga.

Datin Noor Kartini bagaimanapun menjelaskan bahawa syarikat beliau sebenarnya hanya mahu mempatenkan logo tulisan nama Daging Harimau Menangis di bungkusan produk mereka dan bukanlah sepertimana yang disangkakan oleh Netizen.

Namun ekoran isu tersebut telah mendapat perhatian dan tentangan ramai, beliau kemudiannya membatalkan rancangan untuk mempatenkan logo berkenaan.

Kini setelah hampir 5 bulan reda isu mengenai Daging Harimau Menangis, nama Datin Noor Kartini kembali hangat diperkatakan apabila beliau tiba-tiba menulis kata-kata yang kurang wajar di Instagram story merujuk kepada berita mengenai Sultan Johor yang dipaparkan di kaca televisyen ketika itu.

Datin Noor Kartini kemudiannya telahpun tampil mempertahankan diri menafikan diri beliau yang memuatnaik kenyataan itu menerusi satu muatnaik di Instagram beliau.

Menurut Datin Noor Kartini, kakitangan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga akaun media sosial syarikatnya termasuklah akaun peribadinya.

Ketika status di Instagram story itu dimuatnaik, kakitangan tersebut tanpa sedar dan tidak sengaja telah tersilap memuatnaik status itu di Instagram peribadi Ibu Neelofa.

Ekoran itu, Datin Noor Kartini turut membuat laporan polis dan berkongsi laporan berkenaan bersama beberapa tangkap layar perbualan beliau bersama kakitangan berkenaan.

Datin Noor Kartini juga telah memohon ampun dan maaf kepada pihak istana dan Sultan Johor di atas kecuaian kakitangan beliau itu.

Semoga penjelasan panjang lebar daripada Datin Noor Kartini ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan salah faham orang ramai terhadap beliau dan isu berkenaan.

Lebih-lebih lagi ketika ini k3s rentas negeri melnggar SOP anaknya Neelofa juga masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber : ig Noorkartini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!