Haqiem buat keputusan yg btol, ni la masanya xyah sorok2 da” – Netizen

Haqiem Rusli atau nama sebenar beliau Ridzuan Haqiem Rusli merupakan seorang penyanyi lelaki di Malaysia. Perjalanan kerjaya nyanyian beliau bermula sejak dari kecil ketika beliau menyertai pertandingan Idola Kecil dan telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Haqiem seterusnya tidak berputus asa apabila mencuba untuk menempatkan diri dalam industri hiburan dengan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh beberapa program hiburan seperti Mentor dan Idola Kecil Ultra.

Haqiem Rusli juga bersama beberapa rakan lain seperti Azzam Sham, Fimie Don dan Didi Astillah juga pernah menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang dikenali sebagai The Beesings pada tahun 2012. Selain daripada menyanyi Haqiem juga berbakat dalam penulisan dan penciptaan lagu.

Beliau mengecapi kejayaan apabila beberapa lagu beliau berjaya melayakkan diri dan memenangi Anugerah Juara Lagu. Bakat dan nama beliau semakin kukuh dan dikenali ramai apabila turut memenangi Anugerah Meletop baru-baru ini.

Setelah mengecapi kejayaan di dalam dunia hiburan, Haqiem baru sahaja mendedahkan mengenai perancangan kehidupan peribadi beliau yg telahpun merancang untuk melangkah ke fasa baru dalam hidup beliau dengan mengambil keputusan untuk berumahtangga pada usia yang muda.

Menerusi satu sesi live di instagram yang dilakukan oleh Haqiem sekitar pkul 2 pagi tadi, penyanyi yang baru berusia 23 tahun itu telah berkongsikan berita eksklusif dan gembira tersebut bersama para peminat setia beliau.

Haqiem berkata dirinya bakal menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini.

Berita berkenaan agak mengejutkan para peminat kerana Haqiem sebelum ini tidak pernah di gossipkan dengan sesiapa malahan beliau pernah mengakui tidak mempunyai rakan wanita.

Namun setelah berita tersebut tersebar, para peminat beliau tetap menyambut baik pengumuman Haqiem serta mendoakan kebahagiaan penyanyi kesayangan mereka itu. Berikut dikongsikan komen para peminat.

Rezeki, jodoh, ajal dan m4ut semua telah di tentukan oleh Allah. Walaupun masih muda namun mungkin ditakdirkan jodoh Haqiem sudahpun tiba.

Oleh itu tidak salah sekiranya sebagai peminat mendoakan yang terbaik buat kebahagiaan penyanyi Tergantung Sepi itu. Tahniah Haqiem.

Sumber : ig qiemillio_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!