“Kakak tunggu Aafiyah nk dtg, mana baju Aafiyah kakak. Allahu sedihnya”

Buat para peminat yang telah mengikuti kehidupan Dato Sri Siti Nurhaliza pasti mengenali pengasuh kepada Siti Aafiyah iaitu Dayah Zubit. Dayah yang juga merupakan seorang juruurawat telah menjaga Aafiyah semenjak Aafiyah masih kecil lagi. Jururawat yang berasal dari Kedah itu mula berkhidmat sebagai pengasuh kepada anak penyanyi terkenal Tokti sejak Mei 2018.

Hubungan yang begitu erat terjalin antara Dayah dan Aafiyah membuatkan Dayah sanggup menolak tawaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk jawatan tetap sebagai jururawat di Hspital Pulau Pinang. Hati Dayah berbelah bahagi untuk berpisah kerana kasih sayang beliau yang mendalam terhadap Aafiyah.

Hari ini, Dayah baru sahaja menamatkan zaman bujang apabila memilih seorang pemain bola sepak yang merupakan pemain sayap Terengganu Mohammad Ridzuan Razali sebagai pasangan hidup.

Majlis akad nikah mereka berdua telah diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat. Tayangan secara langsung menerusi instagram turut diadakan buat tatapan rakan dan ahli keluarga lain.

Dayah begitu terharu apabila majikannya iaitu Tokti dan Datuk Khalid sudi menaja pakaian pengantin beliau dan bakal suami hasil rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini.

Namun apa yang menyedihkan Dayah adalah apabila teringat mengenai Aafiyah yang begitu teruja untuk meraikan majlis pernikahan beliau.

Menerusi instagram story Dayah berkongsi sebelum ini Aafiyah turut mendoakan beliau dan pasangan berkahwin dan berdoa supaya boleh turut serta dalam majlis pernikahan beliau.

Aafiyah juga meminta Dayah yang dipanggil sebagai Kakak supaya menyediakan baju supaya Aafiyah boleh datang ke majlis beliau.

Bagaimanapun disebabkan keadaan semasa yang menghalang, perkara tersebut tidak dapat ditunaikan. Dayah juga begitu sebak dengan permintaan si cilik berkenaan dan meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan hasrat Aafiyah

. Dayah berkata sekiranya apabila kerajaan sudah membenarkan majlis dilakukan baharulah Aafiyah boleh turut serta.

Aafiyah sudah terbiasa bersama Dayah sejak dari kecil. Sudah pasti hati kanak-kanak tersebut begitu merindui individu yang telah menemani beliau selama ini dan ingin meraikan hari bahagia orang yang disayangi bersama.

Sedih pula dengar doa Aafiyah yang teringin untuk turut serta dihari bahagia pengasuh beliau. Namun apakan daya demi keselamatan bersama kita perlulah patuhi SOP yang telah tetapkan oleh kerajaan.

Sumber : ig dayah zubit

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!