“Stop kaitkan dia dgn hal silam, korg yg kena move on sbnrnya” – Intan Saleh

Baru-baru ini rancangan hiburan Melodi telah menjemput pelakon Izreen Azminda dan Intan Liana Salleh untuk dipertemukan di segmen buang yang keruh ambil yang jernih. Pertemuan mereka berdua merupakan kali pertama setelah empat tahun k0ntr0versi mengenai rumahtangga mereka berdua berlalu. Di dalam kenyataan Izreen sebelum ini beliau berkata dirinya telah meminta maaf sebanyak tiga kali kepada Intan di atas perkara yang berlaku antara mereka berdua.

Sebagai rekod, Intan merupakan bekas isteri kepada suami Izreen kini iaitu Ude Wahid yang merupakan seorang pemuzik. Perkahwinan Izreen dan Ude dirahsiakan tanpa pengetahuan Intan dan hanya diketahui Intan selepas 8 bulan suaminya mengahwini Izreen. Selepas perkara berkenaan tersebar Ude akhirnya bertindak untuk mencraikan Intan.

Ketika pertemuan antara Intan dan Izreen di siarkan di kaca televisyen, Intan kelihatan tidak selesa. Pengacara Melodi cuba mendapatkan respon balas Intan di atas permohonan maaf Izreen namun Intan dilihat seolah masih memendam rasa.

Menurut Intan lagi, beliau menerima jemputan Melodi kesana walaupun mengetahui mengenai kehadiran Izreen atas dasar professional namun tidak menyangka bakal di pertemukan untuk sesi bermaafan.

Ekoran itu netizen telah memberikan pelbagai reaksi terhadap pertemuan mereka berdua dan segmen tersebut. Kebanyakkan dari mereka amat memahami perasaan Intan yang belum bersedia melupakan episod sedih serta menyakitkan dalam kehidupannya itu.

Mereka turut menunjukkan rasa simpati terhadap Intan. Namun begitu tidak kurang juga segelintir yang merasakan Intan perlu move on kerana k0ntr0versi rumahtangganya itu telahpun 4 tahun berlalu.

Menerusi perkongsian Intan di instagram storynya, beliau menjelaskan bahawa beliau telahpun menerima perkara yang terjadi dalam kehidupannya.

Namun untuk memaafkan dan melupakan adalah tidak mudah seperti lidah berkata-kata kerana hanya individu yang melaluinya sahaja akan memahami perasaan dirinya.

Menurut Intan lagi dirinya diibaratkan perlu berjalan di atas landasan yang direka oleh orang lain untuknya tanpa beliau rela sehingga beliau temui landasan beliau sendiri.

Bagaimanapun Intan menegaskan bahawa kini beliau sedang mencipta landasan beliau sendiri dan dengan itu beliau meminta agar netizen berhenti mengaitkan Izreen dengan dirinya lagi.

Tuhan menguji seseorang sesuai dengan kemampuan hambanya. Sesiapa pun dari kita semua pasti tidak mahu dan tidak sanggup untuk melalui kegagalan rumahtangga dengan cara sedemikian.

Begitu pahit untuk Intan menerima kenyataan apatah lagi untuk melupakan perkara yang telah berlaku dalam kehidupannya. Semoga Intan temui kekuatan dan ketenangan yang beliau cari selama ini.

Sumber : Instagram Intan Salleh

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!