“Tak da kawan, dia nyanyi nyanyi selawat” – Sariyanti

Pasangan pelakon Sariyanti dan juga pelawak terkenal iaitu Jep Sepahtu baru-baru ini telahpun menimang cahayamata ketiga mereka setelah beberapa hari umat islam di negara ini menyambut ketibaan bulan syawal. Jep memuatnaik pengumuman mengenai cahaya mata terbaru tersebut menerusi instagram beliau bersama sekeping gambar yang memaparkan isterinya sedang mendukung bayi mereka di sebuah hspital.

Kehadiran bayi lelaki berkenaan telah melengkapkan lagi keluarga mereka yang kini mempunyai 3 orang anak. Anak sulung pasangan tersebut Dariya Inara ini berusia 3 tahun dan anak lelaki kedua mereka Khaidir pula bakal menginjak usia setahun pada Jun hadapan.

Sebelum ini pasangan berkenaan pernah di usik oleh netizen apabila Jep mengumumkan bahawa isteri beliau telahpun hamil 4 bulan hanya ketika anak kedua mereka baru sahaja mencecah usia 8 bulan.

Sebagai rekod Sariyanti sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki hasil pernikahan beliau bersama seorang usahawan. Kedua-dua anak lelakinya itu juga sangat rapat dengan adik beradik baru mereka dan sering menghabiskan masa bersama.

Terkini Sariyanti menerusi instagram telah berkongsi sebuah video anak perempuan beliau iaitu Dariya sedang bermain seorang diri tanpa ditemani oleh abang-abangnya.

Menurut Sari lagi, anak daranya itu bermain dan berselawat membuatkan beliau terdetik untuk merakamkan sebagai kenangan. Berikut dikongsikan video berkenaan.

Di dalam video tersebut agak jelas kedengaran Dariya menyebut “Ya Allah Muhammad” membuatkan para peminat Sariyanti turut mendoakan anak dara Sari itu supaya membesar menjadi anak perempuan yang solehah.

Berkemungkinan besar abang-abang Dariya sudah tidak ada bersama menyebabkan Dariya tidak mempunyai teman untuk bermain.

Mereka juga memuji kecomelan wajah Dariya yang mewarisi raut wajah ibunya. Dikongsikan juga beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen buat Dariya di ruangan komen entri tersebut.

Sariyanti masih lagi dalam tempoh berpantang setelah melahirkan anak ketiganya bersama Jep baru-baru ini. Namun pasangan tersebut masih belum berkongsi nama mahupun wajah anak ketiga mereka itu kepada umum. Tak sabar nak tengok wajah anak ketiga mereka pula.

Sumber : Instagram Sariyanti

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!