“Ni baru betul join melalui online demi kesihatan semua” – Netizen

Dalam situasi pndemik yang sedang melanda negara kini, sebarang aktiviti keraian adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun itu tidak menghalang pelakon Anzalna Nasir untuk menyambut hari lahir anaknya Mohamad Eidrees yang genap berusia 2 tahun pada 31 Mei bersama kanak-kanak dirumah anak yatim Nur Qaseh. Tidak seperti tahun sebelum ini, tahun ini majlis berkenaan hanya dilakukan secara online demi mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sebelum majlis hari jadi itu berlangsung Anzalna dan suaminya Hanif Zaki telah menghantar persiapan untuk majlis berkenaan seperti belon dan dekorasi berserta menempah makanan untuk anak-anak yatim itu. Manakala pasangan berkenaan pula menyambutnya secara sederhana dirumah mereka.

Walaupun hanya dapat meraikan anak-anak yatim berkenaan melalui panggilan video sahaja namun pasangan berkenaan tetap gembira kerana disamping menyambut hari kelahiran anak mereka, mereka juga dapat bersedekah dan meraikan hari istimewa itu bersama golongan yang kurang bernasib baik.

Menerusi perkongsian di instagram pelakon tersebut, Anzalna berterima kasih kepada anak-anak yatim berkenaan yang telah mendoakan anaknya dan berharap dapat berjumpa mereka semua tidak lama lagi.

Ternyata usaha Anzalna untuk bersedekah terbukti masih boleh dilakukan tanpa melggar sebarang SOP.

Bagus Anzalna kerana tidak melupakan anak-anak yatim dan sudi berkongsi rezeki dengan mereka walaupun dalam kekangan pndemik dan perlu mematuhi SOP yang ketat.

Video yang dimuatnaik oleh Anzalna berkenaan meraih perhatian netizen yang terharu dengan tindakan beliau berkongsi rezeki sempena hari lahir anaknya bersama anak-anak yatim walaupun dilakukan hanya secara online.

Kemeriahan sambutan hari jadi anaknya itu masih dapat dirasai walaupun berbeza lokasi. Yang lebih penting adalah demi memastikan keselamatan semua orang terjaga. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan ahli keluarga dan netizen di video tersebut.

Sebagai seorang ibu, anak adalah pelengkap dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Namun begitu Anzalna sempat berpesan agar netizen tidak bertanya mengenai cahaya mata kedua. Sikap beliau yang sering merendah diri dan low profile disenangi peminat.

Walaupun berasal daripada keluarga yang berada namun Anzalna tidak pernah lupa untuk bersedekah dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Rindu nak tengok Anzalna berlakon lagi.

Sumber : ig anzalna nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!