“Cara dia basuh tu bersih yaa dgn umur cegitu”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap anak-anak, pasti sangat menyanyagi orang tua mereka.Yelah, mereka yang melahir dan menjaga kita dari kecil sampailah kita dewasa. Sebab itulah kita harus membalas segala jasa baik mereka sebagai contoh membuat baik kepada mereka semua. Walaupun kebaikan itu hanya nampak kecil, tapi besar nilainya.

Tak perlu tunggu dah jadi dewasa baru nak balas jasa mereka. Sewaktu usia masih kecil pun kita sudah boleh tunjukkan rasa betapa sayangnya kita kepada mereka ni. Tak perlu dibayar dengan wang dan harta pun.

Malah, kita mampu membalas jasa mereka dengan hanya membuat kebaikan. Contohnya, ada dimuat naik anak lelaki kepada Puteri Sarah iaitu Syaikhul yang membantu mamanya mencuci pinggan sesudah selesai makan.

Haa, kalau korang tengok video tersebut, mesti korang akan rasa terharu. Mana taknya, comel je tengok Syaikhul yang berdiri atas kerusi sedang mencuci pinggan sambil membebel-bebel. Pandai betul. Boleh buat bakal menantu aunty ni.

Bukan nya bebel apa, Shaikul yang berkata bahawa dia sangat sayangkan mamanya. Sebabtulah dia selalu tolong mama dia cuci pinggan dan buat kerja rumah. Lepas makan, dia selalu tolong mama cuci pinggan katanya. Comel kan ?

Rata-rata netizen sangat terharu dengan sikap Syaikhul tu. Yelah, kecil-kecil lagi dah pandai tolong orang tua nya buat kerja rumah. Dahla lelaki tau. Lelaki ada juga yang tidak suka buat kerja rumah, tapi Shaikul ni sangat rajin orang nya.

Lepasni, boleh lah ajar anak-anak supaya menolong orang tua mereka sejak umur awalan tahun. Tak perlu tunggu dah dewasa baru nak ajar, time mereka masih kecil pun dah boleh start ajar step by step. Slow-slow takpa.

Bermula dengan buat kerja yang simple dan basic dulu, contohnya ajak tolong cuci kereta seminggu sekali. Lama-kelamaan, iainy akan menjadi kebiasaan kepada mereka untuk membantu orang tuanya buat kerja rumah.

Justeru, sikap Syaikhul yang rajin membantu mama nya itu telah dipuji oleh ramai netizen. Nanti dah besar mesti jadi seorang yang baik dan balas jasa orang tua nya kan. Kagum betul dengan Syaikhul ni. Terbaik dan boleh dijadikan contoh.

Sumber : Ig Puterisarahliyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!