“Alaa knp baju sama dengan langsir” – Netizen

Setiap artis pasti ada penata rias mereka masing-masing. Bermula dari tata rias wajah, penampilan sehinggalah sekecil-kecil aksesori pun pasti akan ditentukan oleh penata rias itu sendiri. Ini bagi memastikan penampilan yang sempurna ketika berhadapan dengan orang ramai. Tetapi ada juga artis yang lebih terbuka dan selesa untuk memilih gaya penampilan mereka sendiri berbanding jika diatur-aturkan oleh orang lain.

Apa sahaja yang dikongsi dan dilakukan oleh Diva Malaysia ini pasti akan menarik perhatian ramai. Menjadi kesayangan ramai, Dato Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil sebagai Tokti ini masih giat bernyanyi di hadapan ratusan malah ribuan penonton dan peminat hingga kini.

Kumpulan peminat Tokti yang kini dipanggil sebagai Sitizen ini telah mengadakan satu konsert dan jemputan dipenuhi secara langsung oleh Tokti sendiri sehingga ke kota Sabah. Ternyata bukan hanya di Semenanjung, malah peminat di Sabah dan Sarawak juga masih mengimpi-impikan bertemu secara langsung dengan penyanyi nombor satu negara ini.

Tidak berseorangan, kunjungannya menemui peminat di Sabah juga turut ditemai oleh suami tercinta dan anak-anak tersayang. Setelah habis sahaja waktu menyanyi, Tokti terus meluangkan masa bersama Aafiyah dan Afwa untuk bermain-main pula.

Selain menjadi perhatian ramai disebabkan suaranya yang lunak dan merdu, gaya penampilan Tokti yang sering ditonjolkan di hadapan orang ramai juga sering mendapat komen dari peminat dan netizen.

Lain pula ceritanya kali ini apabila tona warna pakaian serba kuning yang digayakan oleh Tokti pada hari itu ternyata sama pula dengan warna langsir dan tema di dalam dewan. Lebih melucukan apabila peminat mula menyalahkan langsir pula yang sengaja hendak sama warna dengan Tokti.

Selain memuji kemerduan suara Tokti ketika bernyanyi di hadapan ratusan Sitizen itu, peminat turut risau dengan labuhnya seluar yang dipakai oleh Tokti. Risau akan keselamatan Tokti, netizen telah menasihatkan untuk pakai lebih singkat sedikit agar tidak mudah terj4tuh.

Memang hebat penyanyi kesayangan negara ini. Habis sahaja meluangkan masa bersama peminat, anak-anak tidak pernah diabaikan. Walau sudah penat bekerja dan melaluk4n tugas diluar sebagai penyanyi, jika sudah di hadapan anak bertukar peranan dan menjalan tanggungjawab sebagai ibu pula.

Sumber: Instagram Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!