“Seri dia macam anak dara” – Netizen

Nama pelakon terkenal Fatin Afeefa sebelum ini sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan kisah perib4dinya bersama bekas suami yang juga pelakon Adam Shahz. Kali terakhir pelakon jelita berkenaan telah membuat kenyataan bahawa beliau akan meningg4lkan bidang seni kerana kecewa dengan apa yang berlaku, apatah lagi kenyataan bekas suami sebelum ini melibatkan anak lelaki kesayangan beliau.

Namun begitu khabar terbaru yang di terima, pelakon jelita ini telahpun kembali bergelar isteri. Tiada angin, tiada ribut pelakon jelita Fatin Afeefa telah selamat bernikah dengan seorang lelaki berstatus jutawan bernama Aliff Awang.

Pelakon yang memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Tentang Bulan itu telahpun selamat bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall Subang Jaya sebentar tadi.

Pasangan mempelai berkenaan selamat bergelar suami isteri pada kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan hanya sekali lafaz.

Berita gembira tersebut dikongsi menerusi media sosial jurusolek terkenal iaitu Datuk Alha Alfa yang juga bertindak sebagai pendandan untuk majlis istimewa pelakon filem Tentang Bulan berkenaan.

Datuk Alha mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pelakon jelita tersebut kerana memilih untuk mendapatkan perkhidmatan beliau sebagai jurusolek di hari bahagianya.

Pemilik nama lengkap Fatin Nur Afifah Shamsudin itu di lihat mengenakan busana serba putih. Selain itu, aktres berumur 28 tahun ini juga turut mengenakan hijab dan kedua-dua belah j4rinya memakai inai merah.

Bagaimanapun, sehingga kini, Fatin tidak memuat naik sebarang hantaran dalam laman sosial yang mengesahkan dirinya kini sudah bergelar isteri kepada Aliff ataupun berkenaan majlis pernikahan itu.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story sebelum ini, pelakon tersebut pernah berkongsi sebuah video yang menunjukkan majlis menyarung cincin antara dua wanita tanpa menunjukkan wajah seakan-akan dalam satu majlis merisik atau bertunang. Justeru itu, Fatin dan Aliff difahamkan telah mengikat tali pertunangan pada bulan November lalu.

Menjengah ke ruangan komen Instagram Datuk Alha Alfa, warganet mula meningg4lkan ucapan tahniah kepada Fatin. Malahan mereka juga memuji hasil sentuhan Datuk Alha yang berjaya menaikkan seri wajah Fatin di hari bahagianya itu.

Terdahulu, Fatin dan aktor Adam Shahz mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan berc3rai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7. Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan sebelumnya.

Sumber: ig alhaalfa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!