“Tokti excited tgk ada makanan favorite atas meja” – Netizen

Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa sebagai Tokti merupakan seorang penyanyi dan usahawan terkenal di Malaysia. Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Buat yang tidak tahu, Datuk Khalid merupakan seorang usahawan dan pengerusi SimplySiti Sdn Bhd. Beliau juga pengasas kepada Yayasan Nurjiwa.

Perkahwinan Tokti bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Hampir 11 tahun Datuk K dan Tokti berkahwin, Penantian pasangan ini bernoktah setelah di kurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah.

Kelahiran Siti Aafiyah telah menambah seri dalam kehidupan rumahtangga mereka. Aafiyah yang kini menginjak usia 4 tahun juga sudah memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah swasta.

Siapa sangka, Tokti yang dahulunya di uji dengan dugaan lambat memperolehi zuriat kini sudah mempunyai dua orang anak. Malahan anak sulungnya juga sudah menginjak usia empat tahun.

Seiring dengan teknologi semasa, Tokti juga tidak ketinggalan mewujudkan akaun media sosial sebagai platform untuk berkongsi aktiviti kerjaya dan juga rutin kehidupan seharian bersama para peminat. Tokti juga aktif di media sosial menjadikan interaksi beliau bersama para peminat lebih erat.

Menerusi satu video yang di kongsikan di salah satu media sosial milik peminat Tokti telah memaparkan reaksi wajah Tokti yang kelihatan teruja melihat lauk lauk kampung sewaktu mahu menjamu selera di sebuah restoran.

Apatah lagi Tokti turut bertanyakan beberapa jenis lauk kampung dan sudah tidak sabar lagi untuk menjamu selera. Tokti ketika itu bersama suaminya dan rakan- rakan yang lain turut membuatkan mereka tertawa melihat reaksi Tokti.

Selain reaksi wajah Tokti yang menjadi tumpuan, pinggan klasik yang di sediakan di restoran berkenaan juga menggamit memori para netizen terhadap nostalgia kenangan sewaktu zaman kanak- kanak mereka yang masih menggunakan pinggan tersebut.

Reaksi lucu wajah Tokti cukup membuatkan netizen terhibur.  Berikut di kongsikan beberapa komen netizen.

Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat lemah lembut dan sentiasa merendah diri serta mudah di dekati menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Sumber: Ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!