“Senang ja Tokti tak yah pakai orang mekap, tetap lawa” – Netizen

Sebut saja nama Dato Siti Nurhaliza, pasti ramai yang sudah mengenali beliau, bukan saja dengan bakat yang beliau ada, tetapi dengan keterampilan beliau. Biarpun usia sudah mencecah 40-an, tetapi dirinya tetap kelihatan muda seperti di zaman waktu kegemilangan nya. Malah, sehingga sekarang pun beliau masih sama popular nya seperti sejak dulu lagi.

Baru-baru ini Tokti ada memuat naik video live nya di dalam kereta, ketika mana beliau sedang bersiap-siap untuk progam nya pada hari itu, apa yang menarik perhatian netizen setelah melihat Tokti dengan selambe nya make up tanpa pertolongan pun.

Tapi, sudah nama pun wanita, mestilah pandai berhias kan, siapa je sanggup pergi event muka tak bermaya dan tak pakai make up. Tokti siap make up sambil kereta tu berjalan lagi, itulah yang membuatkan netizen teruja. Kalau kita, terus takde mood berhias dalam keadaan yang tak selesa.

Kalau anda join live Tokti sampai habis pasti anda akan teruja dengan hasil make up nya, mana taknya, memang helok terletak, takda senget pun, bukan apa, kalau wanita pasti faham betapa professional nya seseorang itu make up.

Ada juga yang sudah terbiasa bersiap dalam kereta atau pun dalam perjalanan ke destinasi mereka, bukan apa, bersiap ni bukan nya sekejap, malah boleh habiskan masa selama berjam-jam terutamanya golongan wanita, sebabtu ramai yang sudah terbiasa touch up dalam kereta je.

Semenangnya berhias ini bukanlah susah, mudah saja kerana itu adalah rutin harian k4um wanita, malah k4um lelaki pun ada yang suka bermake up tau. Cuma, awalnya saja agak susah kerana tidak terbiasa, lama kelamaan, pasti sudah terbiasa.

Antara komen netizen ialah “Sentiasa cantik idolaku”, “Hebat bias makeup sambil mobil begerak dengan lajunya begitu cepat tapi alis tetap terlihat rapi” dan sebagainya. Kereta dipandu laju pun tetap alis on point ye bak kata netizen.

Sambil-sambil make up, sempat juga beliau mempromosikan produk kecantikannya, kalau anda peminat Tokti, pasti akan ada satu sekurang-kurangnya produk keluaran Tokti dekat rumah korang tak ? Amacam, ok tak produk Tokti ? Mestilah ok dan berkualiti tinggi kan.

Justeru, sudah menjadi lumrah setiap wanita untuk berhias atau make up sebelum untuk ke tempat kerja atau mana-mana event, kepada si suami di luar sana tu, jangan marah-marah tau isteri lama bersiap.

Sumber : Ig Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!