“Kecik2 dah dapat lesen ikan besar”-Netizen

Anak-anak keci sudah pasti mempunyai minat yang tersendiri dan menjadikan nya sebagai salah satu hobi. Hobi tersebut juga boleh dijadikan hobi kegemaran mereka bersama-sama dengan ibu bapa mereka. Ada yang suka memancing, ada juga yang suka teman ibu memasak di rumah dan banyak lagi. Apa hobi anak korang ?

Kali ini, ada dimuat naik video Yusof Iskandar, anak kepada pasangan Hairul dan juga Hanis Zalikha yang dalam percubaan nya memancing buat pertama kali. Wahh, katanya Yusof teringin sangat pergi memancing.

Hairul pun segera menunaikan hajat anak kesayangan nya itu, walaupun hal yang sebenar, Hairul masih lagi belum sembuh sepenuhnya dari keceder4an yang menimpa nya kelmarin, ACL kaki nya mengalami keceder4an sewaktu shooting.

Tetapi, sebagai ayah yang hebat kepada si budak comel ini, Hairul segera menunaikan saja hasrat anak kesayangan nya itu untuk melakukan aktiviti memancing. Big boy teringin sangat nak memancing, nasib daddy layankan saja.

Bak katanya, Yusof teringin sangat nak memancing, lepas genap seminggu daddy buat treatment, terus mereka pergi tunaikan hasrat si hero ni. Siap ditemani oleh Achey lagi tau. Seronok tengok diorang pergi memancing.

Dan,perkara yang paling membuatkan netizen teruja adalah setelah melihat hasil tangkapan Yusuf. Memang besar semua ikan yang dia dapat pada hari tu. Semua netizen teruja dengan Yusuf, lebih-lebih lagi daddy nya.

Dahla first time memancing, sekali dapat ikan, terus dapat ikan yang sangat besar. Siapa je tak teruja bila first time memancing, terus dapat habuan yang besar kan ? Sudah pasti kita semua akan teruja dan terngaga-nganga mulut excited.

Bak kata netizen, Yusuf dapat lessen besar ketika memancing. Yelah, kita yang dewasa pun belum tentu dapat ikan sebesar tu. Bolehlah lepas ni ajak Yusuf pergi memancing lagi ye. Berbaloi sungguh first time dia memancing.

Kalau anak-anak korang nak try memancing, bolelah sekali sekala layankan aja karenah mereka. Walaupun memancing tu memakan masa yang lama untuk dapatkan ikan dan habuan, tapi, sekali dah dapat mesti akan happy dan nak lagi.

Sumber : Ig Theyusufiskandar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!