“Dah mcm Fasha junior, nampak bakatnya terserlah”- Netizen

Penangan watak- watak yang di bawakan oleh Fasha Sandha atau nama sebenar beliau Nur Fasha Sandha Binti Hassan sering menjadi bualan para peminat drama melayu. Wajah Fasha masih lagi mendapat tawaran sebagai teraju utama meskipun lambakan pelakon baru ibarat tumbuh bagai cendawan. Sejak daripada awal memceburkan diri dalam bidang lakonan, Fasha Sandha dikenali sebagai seorang artis yang sangat berdisiplin dan menepati masa.

Menyingkap kehidupan peribadi pelakon berbakat besar ini pula, Fasha kini telahpun meneruskan kehidupan barunya setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama dengan seorang pelakon iaitu Aidil Aziz.

Fasha mendirikan rumahtangga kali kedua bersama pelakon Aidil Aziz pada bulan Mac 2019. Perkahwinan keduanya bersama Aidil di serikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha.

Keg4galan dalam perkahwinan pertama sebelum ini banyak mengajar erti kehidupan buat pelakon ini. Beliau juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan bersama Jejai.

Terbaru menerusi Instagram, pelakon jelita ini telah berkongsikan satu video yang memaparkan anak perempuannya Putri Raysha Jemyma membuat persembahan lakonan di sekolahnya.

Video berkenaan meraih perhatian para peminat Fasha yang merasakan bakat lakonan yang di miliki oleh anak perempuannya itu saling tak tumpah seperti beliau.

Bakat lakonan anak perempuan Fasha itu juga sangat menyerlah apabila kanak- kanak tersebut di lihat sangat berani naik ke atas pentas dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk membuat persembahan berhadapan dengan para penonton.

Tulis Fasha lagi di ruangan komen, anak perempuannya itu telah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang seni lakonan.

Namun begitu, bapa kandungnya iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai tidak mengizinkan kedua- dua anaknya untuk menjadi pelakon dan terlibat dengan industri seni.

Fasha berkata kedua- dua anaknya itu hanya di benarkan untuk membuat persembahan di sekolah sahaja. Hubungan baik di antara Fasha dan Jejai sangat di kagumi oleh para peminat.

Walaupun Fasha dan Jejai telahpun berpisah namun apa jua aktiviti yang melibatkan anak- anak, pasti Fasha dan Jejai akan turut sama hadir bagi memberikan sokongan buat anak mereka itu.

Fasha juga turut berkongsi gambar bersama Jejai yang juga tidak ketinggalan untuk meluangkan masa menonton persembahan Putri Jemyma itu.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen memuji gaya dan bakat lakonan yang dimiliki oleh Jemyma yang di warisi daripada ibunya.

Netizen juga turut memberikan sokongan buat Jemyma yang menunjukkan minat untuk mengikuti jejak langkah ibunya. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tulis oleh netizen.

Jika Jemyma menunjukkan kesungguhan mungkin satu hari nanti Jejai akan memberikan keizinan untuk Jemyma menceburi bidang seni. Macam orang kata, belum cuba belum tahu. Apa pun, semoga Jemyma dapat membangga kedua ibu bapanya setelah dewasa kelak.

Sumber: Instagram fasha sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!