“Mesti dia terasa masa Kak Kepom ckp jgn ambil laki org, Kak Lina pantang betul”- Netizen

Pelakon wanita kacukan Melayu, Cina dan Arab iaitu Sophia Albarakbah yang juga dikenali sebagai Sophia Koshka ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mulai aktif dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya Mimaland pada tahun 2020. Meskipun menceburi bidang lakonan, beliau sebenarnya merupakan graduan dalam bidang Bioteknologi dan Dietetik di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).

Nama beliau semakin di kenali menerusi watak Cahaya Malaika yang merupakan lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa. Di dalam drama berkenaan, Sophia bergandingan bersama Dato Aaron Aziz sebagai teraju utama.

Walaupun masih lagi hijau dalam dunia seni, pelakon wanita ini sudah terpalit dengan kontr0versi setelah berlakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bersama gandingan beliau iaitu Aliff Aziz. Dakwaan menjadi pengganggu rumah tangga mula menjadi bualan hangat apabila Bella mendedahkan seorang aktres kerap menghubungi suaminya.

Bella juga mendedahkan bahawa pelakon jelita ini juga membuat pengakuan berani menyukai suaminya tanpa sengaja sewaktu berlakon bersama di dalam drama berkenaan.

Pendedahan Bella itu mengg3mparkan industri hiburan dan beliau sebagai isteri telah meminta supaya Aliff menjauhkan diri daripada Sophia dan tidak mahu lagi Aliff berlakon bersama pelakon jelita tersebut.

Sementara itu, Aliff juga memberitahu tidak akan lagi berlakon bersama Sophia dalam mana-mana drama selepas ini bagi menghorm4ti perasaan isterinya dan mengelak hal-hal tidak sepatutnya

Sehingga hari ini Sophia masih kekal dengan pendirian berdiam diri sejak dirinya didakwa j4tuh hati dengan Aliff, suami kepada pelakon Bella Astillah selepas bergandingan dalam drama tersebut.

Tanpa menghiraukan kontr0versi yg melanda dirinya ketika ini, Sophia masih lagi aktif menghadiri acara hiburan dan menjalankan aktiviti seninya seperti biasa.

Menerusi Instagram astro gempak, satu perkongsian video yang memaparkan kelibat pelakon wanita ini di malam Anugerah Gempak Most Wanted telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Malah kemunculan pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu di malam Anugerah Gempak Most Wanted yang berlangsung semalam telah menjadi perbualan warga maya. Kehadiran pelakon jelita tersebut menarik perhatian kerana beliau hadir bersama seorang jejaka kacak.

Penampilan Sophia dalam persalinan gaun serba merah juga hangat di perkatakan memandangkan beliau memakai aksesori kepak berwarna merah di belakang badannya untuk melengkapkan gaya pada malam tadi.

Menjengah ke ruangan komen, netizen masih lagi belum ‘move on’ dengan kontr0versi yang melanda Sophia ini. Memetik beberapa skrip yang di sebut oleh pengacara Anugerah Gempak Most Wanted malam tadi iaitu Kak Lina Pom Pom, Kak Lina menyentuh mengenai isu hangat masa kini iaitu wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangga orang lain.

Secara tidak langsung ada netizen yang mengaitkan skrip Kak Lina dengan pelakon jelita ini dan merasakan isu berkenaan ada kena mengena dengan kontr0vesi Sophia. Berikut di kongsikan komen netizen.

Kontr0versi yang melanda seseorang artis itu adakalanya boleh menaikan atau menj4tuhkan nama dan reputasi mereka dalam industri seni. Buat para pendatang baru dalam industri hiburan, lebih elok sekiranya nama di kenali di sebabkan bakat yang di miliki berbanding isu yang negatif.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!