“Lawak betul dia pakai kasut mak dia” – Netizen

Siapa je tak kenal anak-beranak Aeril Zafrel ni kan, bermula dari isterinya Wawa Zainal, hingga lah ke anak-anak mereka. Semuanya comel-comel belaka, tak kisahlah lelaki atau perempuan. Pun begitu, mummy dan daddy kepada anak-anak comel ni pun banyak ragam nya, kalah anak mereka.

Mana taknya, kedua-duanya masuk air, ada saja idea yang mencuit hati netizen, kadang-kadang menari lagu Bollywood, kadang-kadang buat video lucu dan sebagainya. Tak kering idea untuk content mereka dari hari ke hari.

Kadang-kadang, anak-anak mereka juga rajin join parent nya tu buat content, ada saja kemunculan mereka dalam video-video parent nya tu. Comel betul. Taktahu nak fokus ke anak atau parent nya tu. Pandai betul layan video ragam parent mereka.

Lebih-lebih lagi si kakak Hayla tu, ada saja kemunculannya melayan ragam daddy nya tu. Kadang buat parodi lah, kadang menari dan macam lagi. Rajin sangat buat content mereka ni. Hayla pun pandai buat lawak dengan gelagat nya yang lucu tu.

Baru-baru ini, Aeril ada memuat naik video Ayya Soffya anak ketiga nya itu. Sekali pandang, terus teruja dengan kocemelan yang diwarisinya. Comel je macam adik beradik nya yang lain. Dengan rambut panjang nya tu, sama saja seperti kakaknya Hayla. C0py p4ste betul.

Tapi, lain pula jadinya apabila si daddy nya dengan selambanya menulis caption “You are my eagle” . Adoi, buat lawak betul lah Aeril ni, boleh pula dikatakan anaknya tu Eagle, takpalah dik, asalkan awak comel. Lagu yang digunakan lagu “angel baby” tapi bukan angel bak kat daddy nya, ditukarnya jadi eagle.

Antara komen netizen ialah “Ingatkan Hayla tadi”, “Eagle pun eagle lah bang.yg penting anak abg comel gilerr”, “Your children all are good looking” dan sebagainya. Memandai je daddy kata si comel tu eagle yer, lawak betul.

Memang asyik melawak je kan family ni,tiap-tiap hari riang saja lihat mereka. Tapi itulah, siapa je tak tunjukkan kesedihan kepada orang ramai kan, tunjuk yang positif sajalah. Buat lah perkara yang membawa hasil yang positif.

Sememangnya tak dapat dinafikan bahawa anak beranak Aeril dan Wawa ini memang sangat comel sama seperti mummy dan daddy nya. Seronok melihat gelagat-gelagat comel family ni, asyik buat orang gelak je setiap masa.

Sumber : Ig Aeril_zafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!