“Cantiknya mama Hafya”-Netizen

Penangan drama Risik Pada Hati berjaya menarik perhatian penonton yang menonton drama popular tersebut. Tak dinafikan, jalan cerita drama ini cukup menarik dan barisan pelakon pun hebat belaka. Drama Risik Pada Hati yang sedang ditayangkan di TV3 membuatkan penonton “emosi” dengan watak Ummi Nazeera sebagai Hayfa dalam drama berkenaan.

Bahkan ramai netizen memanggil Ummi Nazeera sebagai Hayfa berbanding nama sebenar Ummi dalam kehidupan realiti. Dasyat juga ya penangan drama Risik Pada Hati ini.

Memandangkan drama tersebut tengah hit, ramai netizen juga membanjiri ruangan komen di setiap posting Ummi meskipun lakonannya sebagai Hayfa hanyalah di dalam drama sahaja.

Pembawakan watak Ummi sebagai Hayfa membuatkan netizen sendiri ‘geram’ dengan Ummi sehingga memberi pelbagai komen di Instagram Ummi..

Malah video terbaru Ummi menunjukkan beliau bersama ibu tercinta menghadiri satu majlis turut mempunyai komen daripada netizen berkaitan watak Hayfa. Namun netizen lebih menumpukan kepada ibu Ummie yang kelihatan cantik persis anak dara.

Tengok Ummi cantik, ibunya juga cantik semulajadi. Sebahagian netizen memuji wajah cantik ibu Ummi selepas video dikongsi di Instagram Ummi.

Malah hubungan Ummi juga rapat dengan ibunya. Sama cantik dua beranak ini. Netizen pun terpukau melihat kecantikan mereka berdua.

Sementara itu, video Ummi telah menerima 94,000 tontonan dan 100 komen daripada netizen. Pelbagai respon daripada netizen di ruangan komen.

Cantik sungguh ummi dengan ibunya. Macam kakak dan adik lah hehe. Sama-sama pakai baju batik warna hitam, lawa betul.

Sumber: Instagram umminazeera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!