“Sebenarnya kecut jugak kan”- Netizen

Selebriti Emma Maembong antara wanita tercantik di Malaysia. Dengan wajah yang berkacukan Inggeris Melayu, ramai peminat suka melihat kecantikan semulajadi Emma. Meskipun Emma sudah bergelar seorang ibu, Emma masih kekal cantik seperti anak dara. Tanpa makeup pun, Emma tetap cantik seperti yang kita lihat dalam laman sosial media miliknya. Agaknya apa rahsia kecantikan Emma ye?

Melihat perkembangan terbaru Emma, beliau berkongsi detik indah beliau bersama suami dan rakannya menerusi posting video di Instagram. Emma menerima ‘hadiah’ daripada suaminya iaitu menaiki kapal terbang kecil sambil menikmaati pemandangan Kuala Lumpur.

Seronoknya Emma dapat jalan-jalan naik kapal terbang pusing satu KL. Sudah pasti pakej menaiki kapal terbang ini adalah pakej yang mahal. Rezeki buat Emma, suami belanja naik kpl terbang hehe..

Menerusi posting video dikongsi Emma, kelihatan beliau cukup teruja apabila dapat menaiki kapal terbang dan melihat pemandangan ibu kota dari atas.

Di dalam video tersebut, Emma kelihatan sangat cantik meskipun berpakaian simple. Simple pun cantik lah Emma ni, untungnya Emma..

Rata-rata netizen menerusi laman Instagram lebih tertarik melihat kecantikan Emma di dalam video tersebut dan mereka juga akui lebih suka melihat Emma dengan gaya yang simple. Emma juga lebih nampak cantik semulajadi.

Video Emma yang baru dimuatnaik di Instagram telah menerima 65,000 tontonan dan juga menerima komen daripada netizen.

Seperti yang ramai ketahui, suami Emma iaitu Shazli juga adalah seorang juruterbang. Melihat gaya Shazli di dalam video Emma, memang jelas nampak profesional apabila menaiki kapal terbang.

Suami Emma dikatakan popular dalam kalangan netizen apabila sentiasa membantu Emma membuat review produk di Instagram. Siapa sangka, suami Emma pun pandai berlakon macam isteri kesayangannya.

Agaknya berapa lah pakej naik kapal terbang jalan-jalan satu KL ni? Bestnya. Emma pun nampak teruja naik kapal terbang walaupun takut sikit hehe..

Sumber: Instagram emmamaembongofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!