“Tengok dari tepi dah tau hensem boy” – Netizen

Sejak bulan September tahun lalu, pelakon jelita Anzalna Nasir telahpun membuat keptusan untuk mengenakan hijab. Beliau mengambil keptusan untuk berhijrah dan memperbaiki penampilan diri sebagai hadiah paling istimewa pada hari lahir suaminya. Anzalna yang turut berkongsi momen gembira yang memaparkan kenangan indah beliau tampil berhijab sebagai hadiah buat suaminya itu telah menerima respon yang sangat positiif daripada para pengikut akaun Instagram beliau.

Suami Anzalna iaitu Hanif Zaki terkejut melihat penampilan sopan isterinya itu dan kemudiannya memeluk isterinya itu dengan penuh rasa kesyukuran.

Sebagai rekod, pelakon jelita ini telahpun mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki sekitar tahun 2016. Pasangan sama cantik sama padan ini menerima zuriat pertama mereka pada bulan Mei 2019 setelah hampir tiga tahun berkahwin.

Manakala beliau melahirkan anak keduanya pula pada 20 Mei yang lalu iaitu pada hari pertama umat islam menyambut ketibaan Ramadhan bulan lalu. Meskipun tidak menjangkakan proses kelahiran anak kedua secara tiba- tiba, beliau tetap berkongsi berita gembira berkenaan bersama para peminat di media sosial.

Menurut Anzalna anak kedua beliau itu di namakan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yg bermaksud “Princely Ruler”. Menerusi Instagram, pelakon berkenaan berkongsi perkembangan terbaru anak keduanya buat tatapan para peminat.

Sebagai duta kepada produk Mothercare Malaysia, Anzalna berkongsi kebaikan produk berkenaan kepada para pengikut akaun Instagram beliau.  Hantaran terbaru itu memaparkan anak kedua Anzalna itu berada di dalam katil bayi dengan selesa.

Kongsi Anzalna lagi, anak sulungnya itu sememangnya mahukan adik lelaki memandangkan keluarganya mempunyai lebih ramai perempuan. Tambahan pula sepupu semuanya perempuan.

Anzalna melahirkan Mohamad Emirhan pada 20 Mei lalu melalui kaedah pemb3dahan namun ketika itu belum mendedahkan jantina anaknya kerana mahu memberikan kejutan buat ahli keluarga yang sedang bercuti di Eropah.

Menjengah keruangan komen, rata- rata peminat memuji wajah comel anak kedua Anzalna itu yang sangat gebu dan comel. Ramai yang berkata wajah Emirhan saling tak tumpah seperti suami Anzalna iaitu Hanif Zaki. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan netizen terpesona dan kagum dengan anak kedua Anzalna itu yang mempunyai hidung yang mancung.

Sebagai ibu, tiada lain yang menjadi doa beliau melainkan dapat melihat anak membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar berjaya dunia dan akhirat.

Sumber : ig anzalna nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!