“Ikut mak dia konpius nak makan ke nak tido”- Wawa Zainal

Keluarga selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal cukup digemari warga netizen di media sosial. Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sememangnya sering berkongsi momen-momen bahagia mereka bersama anak-anak. Ramai netizen gembira melihat pasangan cantik sama padan ini ditemani dengan empat orang cahaya mata yang comel belaka.

Keempat-empat orang cahaya mata Wawa dan Aeril sering menjadi tumpuan oleh netizen dengan gelagat comel mereka. Setiap kali berkongsi telatah anak-anaknya, pasti menghiburkan kita semua.

Terbaru, satu video dikongsi Wawa menerusi laman Instagram yang menunjukkan gelagat comel anak ketiganya iaitu Aya Sofya. Selain Attar dan Hayla, Aya Sofya juga banyak menarik perhatian netizen dengan kecomelannya.

Lebih comel lagi apabila gelagat Soffya makan ketika tidur berjaya menghiburkan netizen. Gelagat si cilik ini makan sambil tidur sempat dirakam oleh Wawa sendiri.

Menerusi kapsyen, Wawa sempat lagi mengatakan kerenah Soffya itu menyerupai Wawa semdiri yang kadang kala keliru tatkala ingin memilih untuk tidur atau makan. Anda pasti pernah begitu kan? Hehe..

Posting video yang memperlihatkan gelagat Soffya itu telah membuatkan netizen akui, tidur dan makan adalah ‘hobi’ kesukaan buat golongan wanita.

Video berkenaan juga telah ditonton sehingga 336,000 tontonan dan 160 komen daripada netizen.

Sementara itu, ramai netizen sempat memuji kecomelan Soffya yang dikatakan lebih mirip dengan Wawa berbanding Aeril. Walau bagaimana pun, hubungan mereka sebagai ibu bapa memang cukup rapat dengan semua anak.

Melihat perkembangan mereka sekeluarga, wawa dan Aeril sangat mengutamakan anak-anak meskipun mereka sibuk dengan perniagaan.

Kalau korang lebih memilih makan atau tidur? Macam Soffya, dua-dua dipilih si cilik itu. Sabor ajelah mama dia tengok kerenah anak kesayangan ni hehe..

Sumber: Instagram wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!