“Haha ingatkan siapa yg naik buaian tu”- Netizen

Berbulan madu bukan sahaja buat pasangan yang baru berkahwin. Pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin atau sudah mempunyai anak-anak pun masih boleh berbulan madu bersama. Tak dinafikan, berbulan madu ini akan lebih merapatkan hubungan suami isteri. Memandangkan PKP sudah tiada, boleh lah ambil peluang untuk bercuti bersama pasangan.

Seperti selebriti Syatilla dan Shaheizy Sam, mereka mengambil peluang berbulan madu di Indonesia baru-baru ini. Apa salahnya untuk bercuti kan? Dah dua tahun kita melalui fasa PKP dan tidak dapat melancong ke luar negara. Jadi inilah masa yang sesuai..

Seperti yang ramai ketahui, Syatilla dan Sam masing-masingnya sibuk dengan kerja mereka. Mereka juga tidak sempat untuk meluangkan masa berdua memandangkan anak-anak sedang membesar.

Jadi mereka pun ‘lari’ sekejap daripada anak-anak untuk bercuti berdua. Walau bagaimana pun, Syatilla dan Sam masih tetap mengambil berat tentang keadaan anak-anak mereka memandangkan Syatilla baru melahirkan anak ketiga.

Menerusi kapsyen pada salah satu posting video beliau di Instagram, Syatilla akui rasa bersalah apabila bercuti di Indonesia.

Namun apabila Syatilla memuatnaik video berkenaan, video Syatilla memakai dress sambil menaiki buaian telah mencuuri perhatian. Penampilan Syatilla yang agak kurang manis apabila dipandang itu telah menerima teguran oleh sebahagian netizen.

Rata-rata netizen mengkritik pakaian Syatilla dan berharap agar Syatilla tidak memakai lagi pakaian sebegitu ketika bercuti.

Sementara itu, video Syatilla telah ditonton sehingga mencecah 499,000 tontonan dan ramai netizen menegur Syatila di ruangan komen.

Setiap manusia pasti akan membuat kesilapan kan? Tidak mengapa, mungkin lepas ini Syatilla akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian nanti. Kita doa yang baik-baik sahaja ye..

Seronoknya tengok Syatilla dengan Sam pergi berbulan madu. Dapat release tension lepas penat bekerja kan..

Sumber: Instagram samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!