“Semoga Fatima dapat adik cepat2”- Netizen

Cahaya mata comel milik pasangan selebriti Fazura dan Fattah iaitu Nur Fatima Aisya antara si cilik yang sangat disukai oleh netizen. Bukan setakat disukai ramai malah popular dalam kalangan peminat ibunya sendiri. Kehadiran Fatima sejak lahir lagi telah membuatkan ramai peminat cukup teruja dengannya. Mana tidaknya, ibu Fatima antara selebriti paling cantik di Malaysia. Anak pun sudah pasti ikut cantik sama seperti ibunya.

Sekali lagi posting Fazura di laman sosial media menjadi perhatian peminat-peminatnya apabila Fazura memuatnaik video dan foto bersempena ulangtahun kelahiran suaminya baru-baru ini.

Gelagat lucu Fatima menerusi video membuatkan ramai peminatnya teruja dan ‘geram’ dengan reaksi Fatima yang kelihatan taakut tatkala meniup lilin kek ulangtahun kelahiran bapanya.

Bukan itu sahaja, kek milik Fattah itu turut menjadi tumpuan ramai dengan dekorasinya yang unik dan kreatif. Kek tersebut betul-betul menyerupai sebuah foto gelagat Fatima tertidur di atas kepala bapanya. Lucu habis tengok kek tu.

Fattah telah menerima banyak ucapan daripada peminat sempena ulangtahun kelahirannya menerusi ruangan komen Rata-rata peminat merrka mendoakan buat Fattah dan Fazura agar bakal menimang cahaya mata kedua selepas Fatima.

Bestnya kalau dapat Fattzura Junior lagi, mesti Fatima tak boring sebab akan ada kawan nanti. Semoga Fazura dan Fattah cepat-cepat timang cahaya mata kedua pula ye…

Sumber: Instagram Missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!