“Kuros sgt xcantik la, bg gebu2 mcm Nora Danish baru cantik” – Netizen

Sudah lumrah menjadi seorang selebriti pastinya tidak terlepas daripada mulut- mulut netizen yang tidak senang dengan tindak tanduk para selebriti. Begitu juga perkara yang di kongsikan oleh artis berkenaan di media sosial. Ada sahaja teguran yang ingin di berikan terhadap artis tersebut. Mencuuri tumpuan netizen kali ini adalah pelakon dan model Mimi Lana yang terkenal dengan wajah jelita dan tubuh tinggi lampai.

Mimi Lana mencuri tumpuan netizen apabila video beliau bersenam telah menerima beberapa komen yang menyentuh mengenai tubuh baadan pelakon tersebut yang agak kuros. Mimi Lana yang gemar bersenam sebelum ini pernah beberapa kali memuatnaik video dan gambar beliau melakukan aktiviti senaman di Instagramnya.

Terdahulu, Mimi Lana mencuri perhatian apabila berkongsi gambar beliau mengenakan inai di jari dan tangan beliau seolah- olah sedang bersedia untuk sebuah majlis perkahwinan.

Hubungan pelakon jelita itu dengan Syafiq Kyle bukan lagi rahsia, di sebabkan itu entri berkenaan dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga para peminat kerana menyangka Mimi dan Syafiq bakal menamatkan zaman bujang mereka. Namun Mimi kemudiannya menafikan perkara tersebut.

Menerusi Instagram pelakon jelita tersebut video senaman berkenaan memaparkan dirinya sedang mendengar arahan daripada jurulatih kecergasan yang meminta beliau untuk meneruskan rutin senaman dan bertahan demi menyelesaikan rutin senaman yang di minta.

Mimi yang ketika itu nampak keletihan sedang cuba sedaya upaya bertahan demi menyelesaikan senaman tersebut.

https://www.instagram.com/p/CTyuIyvBip-/?utm_medium=copy_link

Bagaimanapun kali ini rutin senaman pelakon jelita berkenaan mendapat perhatian apabila video tersebut menerima hampir 210,000 tontonan dan 341 komen daripada warganet.

Antara warganet juga ada yang bertelagah di ruangan komen memperkatakan mengenai susuk tbuh pelakon jelita tersebut yang agak kuros dan tidak lagi perlu membuat rutin senaman.

Rata- rata netizen di ruangan komen tidak bersetuju dengan kritikan netizen tersebut. Warganet juga berkata tidak salah Mimi bersenam untuk menjaga kesihatan dirinya. Malahan tidak semua orang yang bersenam kerana mereka mahu kuros.

Ada juga yang bersenam kerana mereka menjaga kesihatan dan mahu bergerak dengan lebih cergas dan bertenaga. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

“iyaaa akak pun 46kg je dulu dari sekolah smpai kahwin tak naik2 tapi ada ramai yg ckp “gem0k la sikit baru cantik.”…padahal kita mmg dh cantik eh tiber” – Netizen

“betul, Org pandai nak mengata tapi taknampak effort kita. Kadang kita boleh jd stress sebb mulut org ni. Kata kat org tp belum tentu dia tu perfect or lawa sgt  takpe awak ignore je mulut org okay. Awak cantik and awak kena yakin dgn diri awak okayy “ – Netizen

“Workout bukan utk nak nampak kur0s, tapi nak b0dy ada shaape. Nnt dah workout berisi lah sikit tapi fit cantik je kan” – Netizen

Selama ni ramai yang ingat bila bersenam atau pergi gym ni hanya semata- mata untuk kur0s sahaja. Namun hakikatnya ramai yang mengunjungi gymnasium kerana mahu mendapat tubuh badan yang cergas dan sihat. Tak kisah la kur0s ke, berisi ke janji sihat je tu yg penting.

Sumber : Instagram missmimilana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!