“Senyum tgk cara meraikan kepulangan Ayash tp sedih mengenangkan ibunya tiada di sisi” – Netizen

Sekian lama menantikan perkhabaran bayi Ayash Affan yang menjadi harta peninggalan terakhir arwh Siti Sarah kepada suaminya iaitu pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu, akhirnya Ayash Affan kini sudahpun pulang ke pangkuan keluarganya hari ini. Berita berkenaan dikongsikan oleh Shuib menerusi Instagram story beliau sejak malam tadi yang ternyata cukup gembira dengan kepulangan anak bongsunya itu.

Di perkembangan lain, Instagram arwh Siti Sarah yang kini dikelolakan oleh ahli keluarganya juga baru sahaja berkongsikan keadaan terkini keluarga mereka menyambut ketibaan Ayash Affan. Umum mengetahui Instagram arwh Siti Sarah kini di gunakan untuk berkongsikan kisah perkembangan terkini mengenai anak- anak arwh Siti Sarah termasuklah suka duka, gelak tawa anak- anak arwh.  Sedikit sebanyak menerusi telatah anak- anak arwh itu dapat mengubati kerinduan para peminat terhadap arwh Siti Sarah sendiri.

Bayi Ayash Affan merupakan “hadiah” terakhir yang di tinggalkan oleh arwh Siti Sarah kepada suaminya Shuib setelah bertarung nyaawa selama beberapa hari di Unit Rawaatan Raapi (1CU). Bayi berkenaan di keluarkan secara pembdahan semasa arwh di tidurkan selepas keadaan oksigen yang tidak stabil kerana di jangkiti cvd.

Terdahulu, bayi Ayash Affan di katakan sihat dan bergerak aktif malahan berat bayi tersebut juga bertambah. Walaubagaimanapun bayi berkenaan masih di bawah pemerhatian pihak hspital bagi memastikan tahap kesihatan bayi berkenaan dalam keadaan yang memuaskan sebelum di benarkan untuk di bawa pulang oleh keluarganya.

Shuib juga baru sahaja berkongsi kesempatan meluangkan masa bersama anaknya itu selama hampir tiga jam beberapa hari lepas. Nikmat indah meluangkan masa bersama Ayash Affan itu secara kebetulan tiba pada hari kelahiran beliau yang ke 37 tahun. Kongsi Shuib lagi, peluang untuk melawat anaknya itu merupakan hadiah hari jadi yang paling bermakna buat dirinya.

Shuib berkata buat masa ini anaknya Ayash sihat dan berat juga sudah bertambah sehingga 2.6 kilogram kerana kuat menyusu. Memuji wajah anaknya yang cukup comel, kata- kata luahan Shuib itu menjadi bertambah sebak apabila beliau merasakan “hadiah” terakhir arwh isterinya itu cukup istimewa kerana Shuib berkata wajah Ayash Affan saling tidak tumpah seperti dirinya. Besar harapan beliau supaya dapat melihat Ayash Affan bersama isterinya itu sekiranya arwh isterinya masih hidup.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram ibu tiri kepada arwh Siti Sarah pula, sebuah rakaman video yang memaparkan keluarga mereka menyambut ketibaan Ayash Affan di iringi alunan selawat anak – anak memeriahkan lagi kepulangan Ayash Affan di sisi keluarganya.

Adik beradiknya yang lain seperti Uwais, Talita, Matin menantikan kepulangan adik bongsu mereka itu dengan penuh kegembiraan. Malahan Talita juga bersedia untuk membantu menjaga adiknya itu dengan penuh kasih sayang.

Netizen berkata mereka tidak dapat menahan air mata apabila melihat reaksi dan wajah Shuib yang seolah menahan kesedihan di dalam video tersebut. Kegembiraan meraikan kepulangan Ayash Affan pastinya berbeza sekiranya arwh Siti Sarah masih lagi bersama mereka. Berikut dikongsikan komen – komen netizen.

“Alhamdulilah bby dah blik maaf sy air mata sy jatuh cuba untuk tahan tp gagal,.jdi anak yg soleh ayash affan untk daddy dan arwh ibu membesar dgn sihat ya” – Netizen

“alhamdulilah , syukur ya allah … allah maha kuasa..maha mengetahui … semoga ayyash menjadi anak soleh n kebanggaan daddy n arwh ibunya…insya allah Aamiin ya mujib” – Netizen

Menitis air mata mengenangkan keadaan Ayash Affan yang di lahirkan tanpa berkesempatan untuk mengenali arwh ibunya dan tidak dapat merasai kasih sayang seorang ibu.

Namun siapalah kita untuk menolak takdir yang telah di tetapkan untuk kita. Semoga Ayash Affan terus sihat dan kuat supaya tidak lama lagi dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Sumber : Instagram suciuwais

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!