“Anak kalau jaatuh, ibu punya hati pun jtuh rasa sayu dlm hati”- Netizen

Sungguh penyayang seorang ibu buat anak-anaknya. Penat lelah melahirkan dan membesarkan anak-anak membuatkan golongan ibu sangat menyayangi cahaya mata kesayangan mereka. Apabila berlakunya insiden yang tidak diingini kepada anak-anak mereka, sudah pasti orang yang pertama bimbang adalah ibu. Biasalah apabila anak-anak sedang membesar, ada sahaja aktiviti lasak yang dilakukan oleh mereka.

Paling penting, ibu bapa haruslah awasi pergerakan anak-anak mereka dengan lebih teliti. Anak-anak yang kian membesar tentunya baru mula untuk mengenal dunia, maka ibu bapa seharusnya tumpukan perhatian lebih kepada mereka.

Bagi usahawan popular Mawar Karim, cahaya mata perempuannya iaitu Maryam adalah satu-satunya harta bernilai buat Mawar.

Maryam adalah hasil perkahwinan Mawar bersama pelakon Fizo Omar. Dan kini, Maryam sudah membesar dengan sihat dan cerdik.

Tatkala Maryam sedang membesar, pelbagai aktiviti lasak yang dilakukan Mawar termasuklah dengan ikuti jejak bapanya menaiki ATV baru-baru ini. Secara umumnya, Fizo aktif bermain sukan lasak seperti motorcross dan bermain ATV. Bapa borek anak rintik, begitulah perumpamaan yang sesuai buat Fizo dan anaknya, Mawar.

Gelagat dua beranak ini juga sentiasa mencuri tumpuan netizen di laman sosial media. Dan baru- baru ini Maryam sekali lagi menjadi perhatian apabila Mawar memuatnaik video di laman Instagramnya.

Video tersebut menunjukkan Maryam kini mendapatkan rawaatan selepas mengalami luuka di muka dan badan.

Punca kejadian tersebut tidak diberitahu oleh Mawar. Namun ada sesetengah netizen mendakwa ia berpunca daripada aktiviti sukan lasak yang disertai oleh Maryam dan bapanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, video dikongsi Mawar telah menerima 218,00 tontonan dan pelbagai reaksi yang diberi oleh netizen serta menzahirkan doa buat Maryam.

Bagi mereka, anak-anak yang sedang membesar ada kalanya memang lasak dan ingin cuba sesuatu perkara baru.

“Biasalah tu budak budak nak besar, ada je benda nak cuba buat. Semoga maryam cepat sihat ye”- Netizen

Semoga Maryam cepat sembuh ya. Nampaknya Maryam nak cuba benda yang extreme tu, paling penting kena jaga betul-betul anak comel ni hehe..

Sumber: Instagram Mawarkarim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!