“Jgn mengeluh xdpt mkn yg sedap2, dpt mkn mcm ni pun dh ckup nikmat”- Jasmin Hamid

Pelakon Jasmin Hamid, merupakan seorang pelakon pada era 90an namun masih lagi aktif sehingga kini. Wajah beliau masih menghiasi beberapa drama di stesen televisyen membawa pelbagai watak yang mngalkan kesan kepada para penonton. Jasmin juga pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin malahan nama beliau juga pernah tersenarai sebagai salah seorang daripada pelakon senior yang masih lagi laris.

Nama Jasmin pernah menjadi bualan hangat menerusi watak Mak Ngah dalam drama bersiri Cukup Derita Itu di TV3.  Bagi beliau sendiri, menjadi tanggungjawab  sebagai seorang pelakon untuk mempromosikan setiap drama dan karya yang dilakonkan oleh beliau menerusi platform media sosial.

Walaupun media sosial pelakon berkenaan tidak mempunyai jutaan pengikut, namun beliau tetap sayang dan menghargai penyokongnya dengan berkongsikan pelbagai drama lakonan beliau dan isu semasa dengan mereka.

Terkini menerusi Instagram, pelakon tersebut telah berkongsi sekeping gambar nasi dan beberapa ketul ayam bahagian Tongkeng atau Conet Ayam. Menurut pelakon berkenaan, beliau tiada niat untuk membuat sesiapa terliur apabila berkongsikan gambar makanan.

Niat Jasmin Hamid itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah mahu berpesan kepada orang di luar sana supaya tidak mengeluh sekiranya tidak dapat menikmati makanan yg sedap– sedap.

Kongsi pelakon itu lagi pada zaman ekonomi yang semakin merudum ini, berpeluang untuk menikmati nasi putih panas bersama ayam goreng sedemikian sudahpun cukup nikmat.

Pelakon itu juga berkongsi pengalaman kepada para pengikutnya bahawa sekiranya beliau membawa bekalan makanan ke lokasi penggambaran, ramai yang berebut untuk turut sama menikmatinya.

Bercakap mengenai bahagian ayam yang di gemari itu, Jasmid berkata beliau menggemari sekiranya di masak goreng kunyit. Jasmin juga berpesan supaya sentiasa bersyukur walau apapun rezeki dari Allah kerana diluar sana masih ramai yang tidak mempunyai makanan.

Jasmin juga sempat berpesan sekiranya tidak makan bahagian ayam tersebut tidak perlu untuk memberikan komen kerana tidak elok sekiranya menghina makanan.

Rata- rata netizen berkata mereka juga menggemari bahagian tongkeng ayam dan juga berkongsi beberapa menu yang turut menjadi kegemaran mereka selain daripada yang dikongsikan oleh Jasmin Hamid itu. Berikut dikongsikan komen – komen netizen.

“Rindu masakan akak… sambal gesek, sambal tempoyak, kulit ayam goreng garing.. fuhh bertambah nasik catering.. moga murah rezeki kak.. selalu masak bg kt org mkn. Stay safe ye kakmin. “ – Netizen

“Saya suka tongkeng …kat sini tongkeng blh minta free je bnyak dorg bagi… Klu xde duit nk mkn sya minta je tongkeng buat lauk… Alhamdulillah “ – Netizen

Jasmin sebelum ini pernah berpesan supaya jangan mengikutinya di Instagram jika tidak suka dengan apa yang dikongsikan. Kata Jasmin lagi jika tidak suka dengan apa yang beliau kongsikan, Jasmin meminta orang ramai supaya tidak mengikuti atau melupakan beliau.

Jasmin berharap apa sahaja perkara baik yang beliau kongsikan dengan para pengikut Instagram beliau agar dapat dijadikan amalan dan berharap Allah akan memberikan ganjaran buat dirinya kelak.

Sumber : Instagram jasminhamidjh

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!