“Asyik suh diam je last2 Jebat tutup telinga xnak dgr mommy berceloteh, comel betul”- Netizen

Setiap jodoh dan pertemuan manusia itu adalah aturan daripada yang maha Esa. Walaupun sudah membawa haluan masing – masing namun pelakon Suamiku Encik Sotong iaitu Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya Noor Nabila masih berhubung baik demi kebajikan anak mereka Jebat Jayden. Jebat Jayden yang dilahirkan pada tahun 2018 kini sudahpun menginjak usia 3 tahun pada 30 Ogos yang lalu.

Saling mengambil berat untuk meraikan hari istimewa ulang tahun kelahiran anak mereka Jebat Jayden, Nabila juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran Sharnaaz yang juga berkongsi tarikh kelahiran bersama Jebat Jayden.

Malahan ketika hari kelahiran Nabila pula, Sharnaaz juga tidak lupa untuk menulis ucapan istimewa kepada bekas isterinya sebagai menghargai jasa bekas isterinya itu melahir dan membesarkan Jebat Jayden.

Menerusi ruangan Instagram Jebat Jayden, Nabila menulis ucapan buat Sharnaaz yang memuji Sharnaaz kerana sudi melayani apa jua permintaan Jebat manakala Sharnaaz juga memuji Nabila kerana sudah menjadi ibu yang terbaik buat anaknya Jebat Jayden.

Perhubungan baik yang wujud antara mereka berdua itu cukup memberikan inspirasi kepada masyarakat supaya boleh berdamai dan mewujudkan hubungan yang baik antara bekas pasangan masing- masing walaupun sudah tiada jodoh demi kebaikan anak.

Umum mengetahui sebelum ini Sharnaaz mahupun Nabila mempunyai saluran youtube mereka masing- masing. Jika sebelum ini Jebat Jayden pernah muncul di saluran youtube babanya menjadi tetamu istimewa menemani babanya itu membuat ulasan makanan, kali ini Jebat juga muncul di video pendek di hantaran instagram Nabila menjadi tetamu istimewa menemani Nabila memasak sambil mempromosikan jenama perencah Ajinamoto.

Menariknya di akhir video Nabila turut menyelitkan rakaman di sebalik tabir apa yang berlaku antara beliau dan Jebat semasa penggambaran video promosi pendek berkenaan.

Ramai yang terhibur dengan gelagat Jebat di sebalik tabir rakaman video. Kanak- kanak itu juga tidak duduk diam kerana tidak sabar mahu “memasak” bersama ibunya dan tidak mahu mendengar ibunya berceloteh sehingga Nabila terpaksa menyuruh anaknya itu diam sebentar supaya beliau dapat menjelaskan mengenai produk Ajinamoto dengan terperinci.

Berikut adalah beberapa komen- komen yang di tinggalkan oleh netizen di hantaran Nabila itu.

“Kmi as Sabahan, 90% mmg hantu ajinomoto ni.. klu xpkai ni, ibarat mcm xda rasa menu masakan tu.. Kalau sy, aji lebih dr garam.. Pelik bukan” – Netizen

“Hari tu dah masuk youtube baba kalini youtube mummy. I need more content with jebat jayden, Hahaha” – Netizen

Tidak di nafikan kecomelan wajah Jebat Jayden dan telatah lucu kanak- kanak berusia 3 tahun tersebut begitu mencairkan hati orang ramai yang terpikat dengan telatah lucunya.

Jebat juga pernah tercalon di dalam Anugerah Melet0p dalam kategori Si Cilik Meletop di sebabkan para peminat yang geram dengan wajah comelnya itu.

Semoga Jebat Jayden akan membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kelurga dan agama. Mudah- mudahan juga Jebat akan sentiasa membangga dan membahagiakan ibu dan bapanya suatu hari nanti. InsyaAllah.

Sumber : Instagram noor nabila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!