“Org Kedah nk balik kg pun xboleh, seronok depa p bercuti”- Netizen

Pengumuman daripada kerajaan mengenai pembukaan sektor pelancongan tempoh hari telah banyak melegakan para pemain industri di sektor pelancongan. Inisiatif gelembung pelancongan domestik itu telah di umumkan oleh Mnteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri. Kemnterian pelancongan juga berharap program itu dapat berjalan dengan lancar serta selamat. Projek itu juga dijangka bakal dijalankan dengan mengurangkan sentuhan dan menghentikan pengoperasian secara manual.

Datuk Seri Nancy turut berharap inisiatif itu mampu memberi sinar buat penggiat industri pelancongan agar mereka kembali bernafas dan bangkit semula setelah sekian lama terjejas akibat cvd selain meminta pelancong sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Mengambil kesempatan tersebut, ramai yang sudah tidak sabar lagi untuk keluar bercuti termasuk lah pelakon cantik Nora Danish dan sekeluarga.

Nora Danish mendirikan rumahtangga bersama bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan di kurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia 3 tahun.

Terdahulu beliau mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan sebelum ini bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli dan mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Terkini Nora telah berkongsi beberapa keping gambar di Instagram beliau yang memaparkan beliau bersama suami dan anaknya Neqyal dalam perjalanan ke Langkawi.

Gambar yang di ambil di dalam kapal terbang tersebut juga turut meluahkan keterujaan mereka sekeluarga yang sudah tidak sabar menjejakkan kaki ke Langkawi untuk bercuti.

Walaubagaimanapun, hantaran instagram Nora Danish itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang merasa kurang senang dan tidak bersetuju dengan keputusan Nora Danish untuk bercuti ke Langkawi dengan membawa anaknya yang masih belum di vksn dan masih kecil.  Malahan netizen juga mempertikaikan mengenai tindakan rentas negeri yang di lakukan oleh pelakon tersebut.

Namun begitu tidak semua yang memandang negatif perkara tersebut dan memahami tindakan Nora Danish yang turut menyahut seruan kerajaan dengan mempromosikan pelancongan di Langkawi sebagai permulaan. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“Tak boleh nak kondem orang nak keluar holiday bawa anak2 skrg ni.. hak dorang nak holiday kan.. pandai la mereka jaga sop macam kita juga.. kita doa yang baik2.. chill guys.. May Allah Bless us all with health & happiness. Semoga kita semua dilindungi “- Netizen

“sy sebagai travel agent yg bawa group pagi td seramai 80 pax ke Langkawi.. Sy janji akan jaga SOP dengan baik.. Insyaallah.. Sy buat ni semua sbb nak menyahut saranan dari MOTAC utk naik kan pelancongan di Langkawi…” – Netizen

“diorg xda anak kecik mmg lah senang sembang… Sapa yg ada ank tau lah mcm mna rasa nya bila anak duduk bekurung dlm rumah …” – Netizen

“laaaah ade yg kondem knp boleh rentas negeri? Seriusla…..rumah mereka xde TV atau bukan rakyat Malaysia yg kondem tu? duhai….duhai…come on Malaysian” – Netizen

“Xpe la pi la…kami janji sihat cukup pakai makan alhamdulillah…nk berjalan rasanya tidak kut lagi buat Masa ni..deme ni Tak pe la golongan kayangan..resort pun bintang banyak deme duduk…

yg kita golongan marhaen ni fikir 10 kali Kira bajet…tentu2 memang percutian depa privasi dan x da sesak mcm kita ni ha…bukan berdengki..sekadar secebis pandangan rakkyat marhaen rezeki masing2 kan” – Netizen

Ada netizen yang maklumkan menerusi ruangan komen bahawa Pulau Langkawi di buka sebagai pusat pelancongan pertama kerana rata- rata sudahpun di vksn sebanyak 80 peratus. Apa- apa pun selamat bercuti di ucapkan buat Nora Danish sekeluarga dan sentiasa jarak dan SOP okay.

Sumber : Instagram nora danish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!