“Selepas k3s bdk girl aku sedar yg sedap juga suara Nabila ni” – Netizen

Nabila Razali pernah menjadi tumpuan ekoran nyanyiannya yang terkucil ketika menyanyikan sendiri lagu Peluang Kedua semasa Anugerah Juara Lagu yang berlangsung Februari lalu. Persembahan bekas pelajar Akademi Fantasia tersebut di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terus mendapat kecam4n netizen yang merasakan kesilapan sedemikian tidak seharusnya berlaku di anugerah yang cukup gah dan besar itu.

Namun begitu, para peminat penyanyi tersebut yang tidak putus menyokong beliau berasakan Nabila sudah berusaha melakukan yang terbaik ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua itu cuma rezeki tidak menyebelahi beliau kerana ketika itu beliau terlalu gementar sehingga kesilapan tersebut berlaku.

Sebelum ini lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu adalah di antara karya yang diramalkan oleh netizen bakal dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AJL35. Lagu tersebut bagaimanapun kecundang kerana kesilapan yang di lakukan oleh Nabila.

Ketika pemilihan lagu di peringkat separuh akhir, lagu berkenaan telah di nyanyikan oleh Hael menyebabkan para peminat kurang berpuas hati dengan keputusan keseluruhan lagu- lagu yang telah terpilih untuk bertanding ke peringkat akhir ketika itu.

Demi memenuhi permintaan para peminat, Nabila akhirnya menunaikan janjinya untuk menyanyikan sendiri lagu Peluang Kedua ketika pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu itu. Kongsi Nabila lagi beliau juga membuat persediaan bersama guru vokal iaitu Datuk Shafinaz sebagai persiapan untuk ke Anugerah Juara Lagu namun rezeki tidak menyebelahi beliau malam itu.

Selain demi para peminat, Nabila berkata beliau membuat keputusan untuk menyanyikan lagu tersebut kerana mahu melaksanakan tanggungjawab yang diberi pencipta lagu yang memberikan sepenuh kepercayaan terhadapnya.

Nabila bagaimanapun tampil memohon maaf kepada para peminat dan juga pencipta lagu tersebut di atas kesilapan yang tidak di sengaja kan itu.

Terkini menerusi perkongsian di Instagram stesen radio Hotfm, Instagram stesen radio berkenaan telah berkongsi video Nabila yang sedang menyanyikan sebuah lagu luar negara yang berjudul Reckless.

Menerusi video yang di paparkan kedengaran suara Nabila sudah bertambah baik dan penyanyi berkenaan juga mampu membawakan lagu tersebut dengan sangat baik.

Peningkatan kualiti suara Nabila itu turut segera di kesan oleh netizen dan di sambut baik oleh para peminat. Malahan netizen menerusi komen- komen yang di tinggal di entri berkenaan juga memuji usaha Nabila selama ini dalam meningkatkan kualiti nyanyian dirinya demi memajukan kerjaya beliau. Berikut dikongsikan komen yang ditulis oleh netizen.

“maybe sbb lagu yg dia bawak time live tu memang susah skit nada tinggi part tu memng sush tu yg slalu trcucir dia kalau bawa lagu lain ok ja” – Netizen

“Okey jugak laa.. sebab pernah juga dengar dia nyanyi live.. xde laa ter0k sangat.. dari aku budak girl , dah pakai autotune pon tetap bingit je dengar dia nyanyi.. untung promo lgu kat youtube.. kalau buat album yg beli kawan2 dia je kot.. tu pon peram je.. sumpah memang tak sanggup nak dengar” – Netizen

“Suara dia nih sedap gak sebenarnya Tapi…. Kena ngn lagu2 mcm nih.. Yg x Tinggi Sgt, x low Sgt, chill jek.. Sorrylah.. X reti nk explain.. Tp Itu lah…

Hope lepas nih org yg nk bg lagu kt dia, bg la yg lebih kurang mcm nih.. X yah la nk uji vocal dia bg melambong Tinggi note tu Sgt… Mcm nih pon dh OK.. Sedap telinga mendengaq.. “ – Netizen

Tahniah Nabila kerana kini usaha anda untuk meningkatkan kualiti suara serta nyanyian diri sebagai penyanyi dengan mengambil kelas vokal telah menampakkan hasil.

Tidak sia- sia usaha Nabila kerana netizen juga sudah mulai menyedari bakat nyanyian yang dimiliki oleh penyanyi tersebut.

Semoga Nabila teruskan usaha beliau dalam memberikan yang terbaik dalam kerjaya nyanyian beliau itu agar tidak mengecewakan peminat lagi.

Mana tahu kalau tercalon lagi selepas ini di Anugerah Juara Lagu di masa akan datang Nabila boleh tebus kembali persembahan beliau sebelum ini kan.

Sumber : Instagram hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!