“Knp sy xblh move on Sharnaaz dan Nabila, saya lg suka pasangan ni”- Netizen

Hadirnya si cilik Jebat Jayden mengeratkan lagi hubungan pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila. Walaupun Sharnaaz dan Nabila sudah membuat haluan masing-masing, mereka masih mengutamakan Jebat yang kini berusia tiga tahun. Jebat juga satu-satunya cahaya mata yang cukup berharga buat ibu bapanya. Malah ulangtahun kelahiran Jebat berkongsi tarikh yang sama dengan Sharnaaz.

Memori indah Jebat bersama ibu dan bapanya telah dikongsi menerusi laman Instagram Jebat baru-baru ini. Terbaharu, posting video Jebat bersama ibu tercinta dimuatnaik di Instagram bersempena ulangtahun kelahiran Nabila.

Lebih menjadi perhatian apabila video khas buat Noor Nabila bersempena ulangtahun kelahirannya beserta kapsyen yang romantik menimbulkan teka teki kepada netizen.

Ramai netizen berteka teki dengan memberitahu, kemungkinan Sharnaaz adalah individu yang memuatnaik video tersebut.

Malah sebahagian netizen cuba meneliti cara penulisan Sharnaaz menerusi kapsyen untuk dapatkan kepastian. Dasyat betul netizen ye.

Selain itu, video yang ditonton sehingga 252,000 tontonan telah mencuri tumpuan adik Noor Nabila iaitu Little Miss Khan, Athisha Khan dan ibunya, Noor Kartini. Ketiga-tiganya telah mngalkan komen pada posting video berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian pada ruangan komen, netizen kelihatan teruja melihat video kenangan Jebat bersama Noor Nabila dan masih tidak mampu move on dengan hubungan Sharnaaz bersama Nabila. Namun ketentuan Allah SWT adalah segala-galanya.

Noor Nabila dan Sharnaaz masing-masingnya dah ada kehidupan sendiri. Kita doakan semoga hubungan mereka baik demi Jebat Jayden. Besar kasih sayang mereka buat Jebat.

Sumber: instagram jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!