“Haha sian kena tgkap tapi tertarik seluar” – Netizen

Apabila kita menemui pasaangan yang betul, kita akan serasi dengan tingkah laku mereka. Bukan itu sahaja, dengan pasangan yang betullah kita akan rasa selesa untuk berbicara dan melakukan apa sahaja dengan pasangan kita itu. Pasangan yang baik akan berada bersama kita dalam susah dan senang tanpa keluhan. Bukan senang untuk dapatkan pasangan sebegitu pada zaman sekarang.

Kita sudah ketahui penyanyi dan pelakon wanita kita, Elizabeth Tan yang telah menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini dengan lelaki pilihannya. Beliau yang terkenal dengan single lagu ‘Knock Knock’ itu kelihatan sangat bahagia bersama suaminya.

Beliau pernah berkongsi dalam laman ignya mengatakan beliau masih seperti dahulu punyai jiwa yang ‘playful’ walaupun beliau sudah berkahwin.

Baru-baru ini, beliau mengongsikan sebuah video beliau telah membeli kasut roda dan menunjukkan momen suaminya mengajar beliau bermain menggunakan kasut roda tersebut.

Di dalam video berkenaan, dilihat bahawa Elizabeth tidak mahir dalam menggunakan kasut roda itu dan sering dibantu suaminya untuk mengelak dirinya terjatuh sehingga kan suaminya sempat menarik seluarnya untuk elakkan Elizabeth terjunam jatuh. Kita boleh lihat betapa comelnya pasangan ini bersama dan sudi meluangkan masa untuk satu sama lain.

Netizen juga sangat terhibur melihat gelagat Elizabeth yang masih mahu mencuba untuk bermain kasut roda walaupun tidak mahir dan ada juga memberi semangat kepada Elizabeth supaya tidak putus asa untuk terus bermain kasut roda.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang meminta supaya Elizabeth tidak menunjukkan momen romantik beliau bersama suami kerana mereka masih ‘single’.

Begitulah orang-orang yang sedang bahagia. Mereka merasakan momen yang bahagia itu sepatutnya ditonton supaya dapat memberi inspirasi kepada pasangan diluar sana untuk membahagiakan pasangan masing-masing.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!