“Lama xcall sy, sehari pun lama la, mesej setiap lima minit lain” – Iqbal

Sebut sahaja nama usahawan terkenal Dato Seri Vida, pasti terbayang perwatakannya yang sentiasa ceria setiap masa. Dato Seri Vida antara usahawan yang berjaya dengan pelbagai produk yang dijual. Maka pelbagai cara dan teknik marketing yang sentiasa digunakan menerusi laman instagram miliknya. Secara umum, ramai mengetahui Dato Seri Vida sedang hangat bercinta bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefly.

Hubungan Dato Seri Vida dan Iqbal menjadi bualan hangat netizen sejak baru-baru ini. Mereka dikatakan sudah lama menjalin hubungan bersama dan telah kenal selama tujuh tahun.

Malah Dato Seri Vida juga telah melakukan ujian kesuburan di salah sebuah hspital swasta seperti yang dimaklumkan olehnya. Dan Iqbal juga turut berkongsi gambar Dato Seri Vida melakukan ujian kesuburan menerusi perbualannya bersama Dato Seri Vida di aplikasi Whatsapp.

Dan pada hari ini, Dato Seri Vida telah berkongsi momen panggilan videonya bersama Iqbal menerusi laman Instagram.

Menerusi perbualan video tersebut, Iqbal sempat berkongsi keperibadiaan Dati Seri Vida, ternyata seorang yang bertimbang rasa dan lemah lembut meskipun kelihatan tegas.

Video perbualan antara Iqbal dan Dato Seri Vida yang baru dikongsi dua jam lalu telah menjadi perhatian netizen sehingga ditonton hampir 150,000 tontonan.

Ruangan komen juga penuh dengan ucapan doa daripada netizen yang mendoakan agar Dato Seri Vida bakal bersatu dengan bekas pembantu peribadinya yang telah dikenali selama tujuh tahun itu.

“Ya Allah, semoga cepat cepatlah kahwin Dato dengan Iqbal, kalau jodoh dah sampai, kahwin lah dato jangan lengah lengahkan”- Netizen

Dalam pada itu, Iqbal menerusi Instagram Story memberitahu bahawa berita yang dikongsikan media setakat ini adalah benar dan bukanlah bertujuan untuk mempromosikan produk.

Jelasnya, Cuma Dato Seri Vida adalah seorang usahawan dan tidak lari daripada menjual produk kerana sudah sebati dengan diri usahawan itu.

Hubungan Iqbal bersama anak-anak Dato Seri Vida juga masih baik seperti dahulu, jelas Iqbal lagi menerusi sesi soal jawab di instagram story miliknya

InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan buat Dato Seri Vida dan Iqbal. Kalau berjodohan, pasti akan sampai ke jinjang pelamin. Kita doa yang baik-baik buat mereka berdua.

Sumber: Instagram Datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!