“Tlg la maalu sikit berjoget kat situ, blkg tu laki je semua tengok”- Netizen

Bergelar wanita sudah pasti ingin sentiasa tampil cantik dan mempesona setiap masa. Sinonim dengan perilakunya yang sopan santun menunjukkan ciri-ciri wanita dambaan lelaki soleh. Bukan itu sahaja, wanita juga perlu menjaga kehormatan mereka dan memelihara maruah mereka dengan sebaiknya. Di zaman serba moden ini, cabaran buat golongan wanita apabila dikelilingi gaya fesyen dan trending yang kadangkala tidak berseuaian dengan imej wanita musl1mah.

Lebih-lebih lagi apabila bergelar selebriti, gerak-geri mereka sentiasa diperhati oleh netizen di laman sosial media. Apa sahaja tindakan selebriti musl1mah yang melampaui batas, pasti dikecam netizen.

Tidak terkecuali, penyanyi Iman Troye juga mengalami kecaman daripada netizen gara-gara video beliau menari di hadapan ramai lelaki. Tindakan Iman itu telah ditegur netizen selepas video tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram milik salah sebuah saluran televisyen tempatan.

Tegur tandanya sayang. Itulah pepatah yang kita sentiasa dengar kan.. Iman antara selebriti yang memiliki ramai peminat dan ramai mengikuti perkembangannya di laman sosial media.

Video Iman yang telah dikecam itu telah dimuatnaik baru-baru ini dan kelihatan Iman cantik dengan gayanya yang tersendiri.

Namun gelagat Iman menari itu menimbulkan kurang senang terhadap netizen sendiri. Video Iman itu juga telah menerima banyak tontonan sehingga cecah 255,000 tontonan.

Dalam banyak-banyak video yang dimuatnaik laman instagram TV3, video Iman antara yang menjadi perhatian netizen.

Lagu Iman Troye antara lagu yang telah tercalon dalam playlist Anugerah Juara Lagu dan bakal diumumkan tidak lama lagi.

Seperti yang ramai ketahui, lagu-lagu nyanyian Iman antara yang menjadi pilihan ramai memandangkan muzik dan lirik lagu dinyanyikan beliau cukup menarik.

Mungkin lepas ni Iman Troye boleh belajar dari kesilapan ye..

Sumber: Instagram tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!