“Awak, tu bukan kucing nak usap2 camtu” – Netizen

Pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali atau mesra di panggil Bella ini merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita di Malaysia. Antara lagu yang berjaya menaikkan lagi nama beliau dalam industri seni ialah lagu Katakan Saja, Cmburu, Pematah Hati dan Peluang Kedua. Meskipun sebelum ini nyanyian beliau sering mendapat kritikan netizen, namun beliau tidak pernah berpuutus asa untuk mempertingkatkan lagi kualiti nyanyian beliau.

Malahan rezeki beliau dalam bidang nyanyian tetap ada apabila Nabila muncul dengan lagu terbaru berkolaborasi bersama penyanyi Khai Bahar menerusi lagu Selagi Ku Ada.

Walaupun bakat nyanyian beliau kurang menyengat, namun bakat lakonan beliau dilihat lebih menyerlah apabila wajah beliau laku di kaca televisyen sebagai pelakon dan muncul sebagai teraju utama sesebuah drama.

Terbaru wajah beliau menghiasi slot Akasia menerusi drama Kerana Cinta Itu Ada menjayakan watak sebagai Nabila Aulia bergandingan bersama Aedy Ashraf sebagai Aisy Mateen.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, beliau berkongsi satu rakaman video di sebalik tabir ketika di set penggambaran drama Kerana Cinta Itu Ada.

Tulis Nabila di caption video berkenaan, watak Aedy Ashraf di dalam drama berkenaan iaitu Aisy Mateen ingin menikm4ti hidangan Ikan Keli Masak Lemak Cili Api.

Rakaman video tersebut memaparkan keadaan Nabila yang agak cuak ketika berhadapan dengan ikan keli yang masih hidup. Nabila juga bertanya dan meminta tips daripada para pengikut Akaun Instagram beliau cara yang paling senang untuk mem4tikan ikan keli tersebut.

Menjengah keruangan komen, netizen memberikan respon kepada hantaran video tersebut dengan menulis pelbagai tips untuk menjawab soalan Nabila itu.

Ada yang berkata cara paling senang adalah dengan menabur garam dan memasukkan ke dalam peti sejuk. Tidak kurang juga yang menasihati beliau supaya membeli ikan keli yang telah siap di siang dan di cuci di pasaraya untuk memudahkan proses memasak.

Bagaimanapun gelagat Nabila ketika memegang Ikan Keli berkenaan menarik perhatian Netizen. Jom kita baca komen Netizen terhadap video yang di kongsikan oleh Nabila tersebut.

Sporting betul Netizen bagi pelbagai tips untuk Nabila mem4tikan ikan keli. Macam- macam cara boleh di gunakan untuk mem4tikan ikan keli sebenarnya.

Tapi itukan hanya babak lakonan di dalam drama sahaja.  Terkejut Nabila di usik Aedy semasa “mengusap” ikan keli.

Sumber: ig Nabila razali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!