“Kemain lawoo, ingat nak pi raya” – Netizen

Pemilik nama Izreen Azminda pernah menggmparkan industri hiburan sekitar penghujung 2017 apabila aktres tersebut telah membuat pengakuan terbuka bahawa diri beliau telah menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara pada 8 Ogos. Pendedahan perkahwinan Izreen dan Ude juga dibuat isteri pertama, Intan Liana Saleh pada 2 Disember 2017.

Pendedahan berkenaan sekali gus telah mencetuskan kecaman hebat daripada orang ramai ketika itu yang tidak dapat menerima tindakan pelakon wanita tersebut yang merahsiakan perkahwinan beliau tanpa pengetahuan isteri pertama Ude. Perkahwinan mereka di rahsiakan bagi memenuhi permintaan pemuzik bebas tersebut yang ketika itu masih bergelar suami kepada Intan.

Tidak lama kemudian, Ude bagaimanapun dilaporkan telah mencraikan isteri pertamanya itu iaitu Intan Liana Saleh pada 22 Mac 2018 setelah lima tahun berkahwin walaupun Intan sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau secara berlapang dada telah menerima Izreen sebagai madunya.

Hasil perkongsian hidup bersama Intan, Ude telah memiliki dua orang anak iaitu Arish Muqry dan Ariq Muqry manakala Izreen pula sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar. Sebagai rekod, perkahwinan Izreen bersama Riza sebelum ini cuma bertahan selama tiga tahun setelah rumah tangga mereka dilanda badai di sebabkan orang ketiga.

Setelah hampir beberapa tahun kejadian berkenaan berlaku, Izreen kini telah meneruskan kehidupan beliau bersama Ude dan baru- baru ini mereka berdua juga telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke empat.

Izreen juga kembali membuka semula akaun istagram beliau kepada umum setelah sekian lama menukarnya kepada penetapan peribadi. Niat beliau tidak lain tidak bukan hanya ingin membantu golongan peniaga kecil yang ingin meminta pertolongan beliau mempromosikan produk mereka.

Hasil pernikahan selama hampir 4 tahun dengan Ude, Izreen di kurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim dan kini pelakon itu juga sedang menantikan kelahiran anak kedua beliau yang di khabarkan bakal di lahirkan pada bila- bila masa sahaja.

Berkongsi mengenai kehamilannya sebelum ini, Izreen berkata pada awalnya dia mengalami alahan teruk apabila tidak boleh menghidu bau minyak masak. Bagaimanapun keadaan kembali normal setelah masuk bulan keempat kehamilan.

Izreen berkongsi berita gembira itu bersama para pengikut akaun Instagram beliau apabila memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan terkini dirinya yang kini sarat hamil dan bersiap untuk menghadiri rutin pemeriksaan bulanan ibu mengandung.

Ketika di ajukan soalan mengenai tarikh kelahiran anaknya itu, Izreen menyatakan rasa teruja beliau kerana anaknya itu bakal di lahirkan pada bila- bila masa sahaja dalam bulan September ini.

Menjengah keruangan komen, para peminat memuji seri wajah ibu mengandung yang terpancar di wajah pelakon berkenaan.

Mereka juga mendoakan supaya urusan pelakon tersebut dipermudahkan dan dapat melalui proses kelahiran yang lancar.

Peminat juga mengagak kandungan Izreen kali ini adalah bayi perempuan berdasarkan bentuk perut dan berkata tidak sabar untuk menatap wajah bayi Izreen itu. Berikut dikongsikan komen – komen netizen.

Terdahulu, nama Intan dan Izreen kembali mencuri perhatian netizen apabila mereka berdua membuat kemunculan dalam program Melodi Raya 2021 siaran TV3, baru-baru ini.

Usaha program hiburan popular itu menyatukan Intan dengan Izreen dipuji ramai. Malah, ia dilihat menepati segmen Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih.

Izreen juga mengakui sudah meminta maaf sebanyak tiga kali terhadap Intan. Izreen juga bersyukur apabila Melodi menjadi orang tengah untuk mempertemukan mereka selain menganggap doanya selama ini dimakbulkan Allah SWT.

Sumber : ig izreen azminda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!