“Sedih la tgk anak dia k1ss tangan tu”- Netizen

Puteri Sarah Liyana merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia. Beliau mula berkecimpung dalam bidang lakonan setelah wajahnya kerap menghiasi televisyen sebagai model iklan beberapa produk sebelum ini. Sekitar tahun 2013 beliau akhirnya mengumumkan untuk berhijrah dan memakai tudung. Beliau menamatkan zaman bujang bersama pelakon dan pengarah Sy4msul Yuusof pada tahun 2014.

Sejak mendirikan rumahtangga, beliau sedikit memperlahankan aktiviti seni untuk memberikan tumpuan terhadap keluarga. Hasil perkahwinan tersebut beliau dan Sy4msul dikurniakan dua orang anak.

Setelah Puteri Sarah berkahwin, amat jarang mendengar cerita kurang enak mengenai kerjaya mahupun kehidupan peribadinya. Walaubagaimanapun sekitar tahun lalu, rumahtangga pelakon ini khabarnya diuji apabila dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung bersama suami.

Baru- baru ini Sy4msul juga telah membuat pendedahan bahawa beliau telahpun menikahi wanita yang bernama Ira K4zar sebagai isterinya kedua sekaligus menamatkan segala spekulasi mengenai rumahtangganya.

Kisah rumahtangga beliau ini juga menjadi perbualan hangat ketika ini. Menurut Puteri Sarah, beliau telah bersabar selama 4 tahun demi anak- anak untuk mempertahankan rumahtangga beliau dan suaminya Sy4msul namun kini beliau tidak mampu lagi untuk berdiam diri.

Mengenangkan masalah rumahtangga yang kini sedang di hadapi oleh pelakon jelita berkenaan, ramai netizen yang meluahkan rasa sayu dan simpati terhadap nasib yang di lalui oleh Puteri Sarah.

Mengintai ke ruangan instagram Puteri Sarah, hantaran terkini beliau memaparkan beliau memuatnaik satu video promosi produk keluaran syarikat Pat Mat Western iaitu daging perap. Puteri Sarah merakamkan video promosi tersebut bersama kedua- dua orang anaknya iaitu Sumayyah dan Syaikul.

Syaikul merupakan anak sulung dan bakal menginjak usia 6 tahun pada bulan April ini manakala Sumayyah pula berusia 4 tahun. Sarah kemudiannya mengajak kedua- dua orang anaknya itu untuk membantu beliau memasak di dapur. Kedua- dua anaknya itu berasa teruja untuk membantu beliau di dapur.

Sewaktu memasak dan menjelaskan keistimewaan produk berkenaan, Syaikul juga pandai berinteraksi bersama ibunya. Setelah mereka menikm4ti hidangan daging perap itu, Sarah meminta anaknya Syaikul untuk ‘high five’ dan mengangkat tangan.

Namun begitu, Syaikul memberikan reaksi sebaliknya kepada Sarah apabila kanak- kanak itu menarik tangan Sarah dan menc1um tangan ibunya.

Respon Syaikul tersebut mengundang rasa sebak dan syahdu dalam kalangan netizen yang rata- ratanya mengikuti perjalanan kisah k0ntroversi Sarah sejak tular. Berkongsi rasa di ruangan komen, netizen berkata jiwa mereka cepat terusik mengenangkan nasib Syaikul dan Sumayyah.

Sebagai para peminat dan netizen, siapa kita untuk menghakimi hubungan kekeluargaan pelakon jelita berkenaan apatah lagi masalah yang berlaku di dalam rumahtangga Puteri Sarah sendiri.

Namun begitu netizen tetap mendoakan kesejahteraan kehidupan Sarah dan anak- anak dan mendoakan agar urusan pelakon berkenaan di permudahkan.

Sumber: Instagram Puteri Sarah.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!