“Kalau tak nak dengar silakan ber4mbus” – Maryam

Pada saat bahasa Inggeris lebih ‘diangkat’ oleh orang kita, bila orang luar yang cuba hendak berbahasa kebangsaan sepatutnya usaha itu disambut baik. Tidaklah bahasa ibunda kita dipinggirkan di tanah air sendiri. Orang luar yang cuba hendak berbahasa Melayu sepatutnya disokong dek usahanya mempelaj4ri ilmu berbahasa itu, seperti selebriti media sosial Duriankimchi, Maryam You Narae ini.

Satu pencapaian agak membanggakan apabila hanya baharu lebih dua tahun menetap di negara ini, selepas berhijrah dari Korea kerana mengikut suami, Ryzal Ibrahim, dia kini mampu berbahasa Melayu.

Masih agak pelat, tanpa mengikuti sebarang kelas bahasa Melayu, kata Maryam dia lebih gemar mempelaj4ri bahasa itu secara semulajadi kerana lebih seronok dan senang mengingat. Sudah tentulah ia banyak dipelaj4ri daripada suami.

Begitupun dalam hantarannya kali ini, coretan Maryam menggambarkan dirinya seolah kecewa apabila usahanya berbahasa Melayu dan berkongsi dengan netizen, didakwa berbunyi menjengkelkan.

Seperti dalam hantarannya kali ini, Maryam berkongsi ‘kritikan’ diterimanya, yang mana ‘pengkritik’ itu mencadangkan agar dirinya lebih elok hanya berbahasa Inggeris daripada bahasa Melayu.

Ironinya, krit1kan yang dihantar kepada Maryam itupun dalam bahasa Inggeris dimana individu itu menyatakan rasa kecewanya mendengar Maryam yang cuba hendak berbahasa Melayu.

Seakan bertekad teguh mahu terus berbahasa Melayu berbanding Inggeris, Maryam dalam coretannya menegaskan dia tak kisah sama ada pengkr1tiknya rasa mengjengkelkan apabila dia tetap berbahasa kebangsaan.

Agak menusuk katanya, orang yang bercakap Inggeris akan bertambah dalam dunia. Pun begitu, Maryam mempersoalkan bagaimana dengan orang yang dapat bercakap BM?

Apa pun, apa saja dikata orang, tegas Maryam, dia akan tetap menggunakan bahasa Melayu. ”Kalau tak nak dengar silakan BER4MBUS” katanya. Maryam sempat men1nggalkan nota kaki.

Maryam mengingatkan sebelum individu terbabit mahu membetulkan bahasa orang, dia sendiri (pengritik tersebut) perlu bercakap Melayu terlebih dulu. Ke awak bukan orang Malaysia? Soalnya. Huh… terbaik Maryam…

Sumber : IG Maryam You Narae

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!