“Alahai tak puasnya tgk Lisa dan Yusry ni, kelakar pulak tu” – Netizen

Sekali-sekala menunjukkan aksi bersama yang tersayang memang bersemut habis dibuatnya. Ramai netizen yang teruja menyaksikan sisi romantik selebriti kesayangan ramai, pemuzik dan pelakon, Datuk Yusri Abd Halim dan aktres, Datin Lisa Surihani ini. Mana tak teruja, bukan selalu Lisa belanja kelibatnya dan suami tersayang di media sosialnya. Sekali keluar berdua, haruslah menancap perhatian netizen.

Hantaran memperlihatkan bagaimana Yusry pada mulanya bermain piano lagu Dekat Padamu didatangi Lisa yang terkesima mendengar alunan dimainkan, sebelum beberapa lama kemudian terbau hangit.

Agak mencuit hati tatkala sempat Yusry memainkan piano berentak melodi suspen sebelum mereka berdua berkejar ke dapur untuk melihat bau hangus yang datang dari arah itu.

Rupa-rupanya masakan yang dimasak Lisa dah rentung. Nasib suami tak berang, siap masak sama-sama pulak lepas tu. Kat situ pun nampak eratnya kasih sayang mereka berdua.

Alahai netizen yang tengok pulak tersimpul-simpul senyum sengsorang. Walaupun Lisa mengakui suaminya jarang masuk video, sekali masuk banyak hal pula yang jadi, tapi saat ini pasti men1nggalkan momen manis.

“Alahai x puasnya tgk lisa dgn yusry ni…kelakar plak tuu..sgt² terhibur, post byk lg vid bdua pls”, “Sy pula yg terleka tgk lisa manis sgt”, “Alaaaaa.. bersemuttttt betul laaaa”, “Yusry lama oh tak nampak berlakon”.

“Hahahaha. Sy suka music yg mencemaskan tu..”, “Sy pulak yg snyum2 tgk”, “Sengih² kita ”, “Ya Allah kenpa aku malu2 sndiri,snyum2 sndiri”, “Hampir lupa, abg yusri pun pelakon hebat dulu”, “Kenapa comel sangat dua orang dalam video ni?”. Itu antara komen netizen.

Tak kurang yang teruja melihat drama mereka berdua dan berharap suami isteri itu dapat digandingkan bersama dalam naskah lakonan akan datang. Macam tu sekali cadangan netizen ya…

Ada juga tak ‘hairan’ dengan video pendek Lisa dan suaminya itu kerana sudah namanya pengarah, nak riviu makanan pun dikatakan macam dah shooting filem yang berkualiti.

Kerjaya filem Yusry bermula dengan lakonannya bersama Norman dan Edry dalam filem Awas (1995) diikuti filem Cinta Metropolitan (1996). Pada 2006, filem sulung arahannya Cicak-Man ditayangkan diikuti kesinabungan Cicakman 2 – Planet Hitam (2008)[3] dan Cicakman 3 (2015).

Sumber : IG Datin Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!