“Terketawa tengok video tu” – Netizen

Pada zaman teknologi ini, serba serbi semuanya pantas termasuk daripada segi penyebaran maklumat apa pun. Bukan sekadar soal isv semasa, perihal tepi kain orang lain juga sepantas kilat boleh sampai. Macam video dikongsikan selebriti, Bella Astillah ini. Ramai dah tahu begitupun ada juga masih ragu-ragu apabila tular tentang suaminya, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dikatakan kembali ‘pasang’ wanita lain.

Kecewa apabila video seorang lelaki seakan susuk Aliff dan seorang wanita yang didakwa sk4ndalnya di satu sudut diambil secara sembunyi, Bella melahirkan rasa terpanggil untuk bersuara.

Mana taknya, video lamanya dan kenyataannya pada 2019 disunting, dakwanya ia digambarkan seolah-olah dirinya memberikan kenyataan baru tentang video tular konon ‘suaminya’ bersama wanita itu.

Menyifatkan ia fitn4h yang ditimbulkan, kata Bella, dia dan Aliff cuba mendiamkan diri tetapi ia semakin menjadi-jadi. Kesal dia kerana sedikit sebanyak fitn4h yang melanda mengganggu kehidupannya.

Mana nak cari rezeki, mana nak jaga anak-anak dengan melayan fitn4h seumpamanya kan… Tegas Bella, dia dan Aliff pada masa ini sibuk dengan urusan mencari rezeki, justeru berharap hentikan penyebaran tular tak berasas itu.

Sedih pula bila Bella terpaksa merayu netizen agar menghentikan spekulasi tentang video ‘suaminya’ itu kerana banyak hati perlu dijaga dek keluarga Bella ramai di Sabah, sementara keluarga Aliff di Singapura.

Dalam sebak melihat Bella yang terpaksa menghadapi dugaan kali ini yang didakwa suaminya kembali ke ‘perangai asal’ sedangkan kini masih sebaliknya, ada juga ‘benda’ yang mencuit hati.

Mana taknya, video Bella yang disunting itu kononnya menampakkan dia seakan sedang menangis, sedangkan video asal pada 2019 itu direkod semasa matanya pedih ditiup angin, sampai tercabut bulu matanya.

“Terketawa tengok video tu”, “mau bnyk viewers sja , mngacau hdup org”, “Ya Allah sanggup buat edit2 gini semata2 nak kan perhatian & populariti.. kesudahan jadi fitnah..”, “Masalahnya skrg ni netizen kat fb mmg senang sgt percaya berita fake mcm ni. pelik tp benar.”

Itu antara komen netizen. Apa pun memang kelakar tengok video sampai nak terbang bulu mata Bella tu ditiup angin. Itu pun ada juga yang ambil kesempatan edit nak nampakkan macam Bella nangis tengok video ‘Aliff’ dengan wanita tu. Adehhh..

Sumber : IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!