“Sebelum semua tanya bila nk kawin, Abe Joe jwb siap2 InsyaAllah hujung tahun” – Fizo Omar

Tanggal 19 Julai merupakan tarikh ulang tahun kelahiran pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyaawa iaitu Fizo Omar. Tidak ketinggalan dalam mengikuti peredaran zaman, pelakon dan usahawan berkenaan turut membuat saluran youtube beliau dengan nama Fizo Omar Channel. Sepanjang tempoh PKPD yang dilaksanakan oleh kerajaan pelakon tersebut aktif turun padang dalam menjayakan misi menghulurkan bantuan buat golongan yang terjejas.

Selain daripada terlibat menghulurkan bantuan buat golongan yang terjejas, Fizo juga turut bertugas sebagai sukarelawan bersama rakan-rakan artis yang lain seperti Nazim Othman dan Amelia dipusat vksinasi untuk membantu orang ramai dalam mendapatkan suntikn vksn.

Menyingkap sisi peribadi pelakon ini, Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama usahawan tudung Fareeda iaitu Mawar Karim pada 2013. Mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam atau lebih mesra di sapa Cik Yam pada 2017.

Mereka berdua juga sudah mengharungi suatu proses yang agak panjang demi mendapatkan Cik Yam dahulu. Namun jodoh tidak panjang dan pasangan ini akhirnya berpisah pada Julai 2019. Walau sudahpun berpisah namun pasangan ini masih mampu untuk berhubung dan berkawan baik. Hubungan baik yang terjalin antara Fizo dan Mawar adalah demi kepentingan anak mereka Cik Yam.

Berkongsi sekeping gambar terkini di instagram, Fizo mengemaskini hantaran mengenai ulang tahun kelahiran beliau dengan memuatnaik beberapa gambar bersama ibu dan anaknya Maryam. Fizo meluahkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia yang kini telahpun mencecah 36 tahun.

Menerusi hantaran tersebut juga Fizo mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan sempena hari jadi beliau. Fizo juga memohon agar para pengikut beliau juga mendoakan kehidupannya.

Malahan Fizo sempat berkata, bagi mengelak soalan mengenai perkahwinan Fizo sudahpun menyediakan jawapan awal bahawa beliau akan berkahwin pada hujung tahun. Namun tidak menyatakan tarikh dan tahun secara jelas.

Menjengah keruangan komen, para pengikut akaun instagram Fizo rata-ratanya membanjiri hantaran Fizo itu dengan ucapan selamat hari lahir dan juga mendoakan agar pelakon tersebut dimurahkan rezeki dan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat. Berikut dikongsikan beberapa komen daripada para peminat Fizo Omar.

“Happy birthday fizo omar  ..moga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik, dikuatkan keimanan, sentiasa dalam rahmat Allah n bahagia di dunia dan akhirat.. kawen tu hujung tahun bila tak tau la ya” – Netizen

“salam ulgthun kelahiran dik fizo omar..moga panjag umoq murah rzeki.. moga dkurniakan ksihatan yg baik moga bjya bhgia dunia akhirat” – Netizen

“Happy Birthday bro Fizo yang baik hati. Moga bertambah luas lagi rezeki, kejayaan dan sentiasa dirahmati Allah. Aamiin “ – Netizen

“Alhamdulillah semoga panjang usia mura rezeki dan di berkati allah dunia akhirat…Allahumma Aamin” – Netizen

Selamat hari lahir diucapkan kepada Fizo Omar. Walaupun sempat berseloroh dengan para peminat beliau mengenai soal perkahwinan, mudah-mudahan Fizo dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik selepas ini dan beliau segera menamatkan zaman duda bersama calon yang sesuai. Bak kata pepatah, jika ada jodoh tak kemana. Semoga Fizo gembira selalu hendaknya bersama Cik Yam.

Sumber : Instagram Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!