“Gambar throwback Ap masa kecik ke ni Mak Iti? So sweet post gambar Ap hehe”-Asyraf Khalid

Sebut sahaja nama penyanyi nombor satu Malaysia, pasti Dato Siti Nurhaliza menjadi individu pertama yang terlintas di fikiran kita. Walaupun sudah lama Dato Siti Nurhaliza atau mesra dengan nama panggilan Tokti itu berkecimpung dalam bidang nyanyian, populariti Tokti tetap maintain dari dulu hingga sekarang. Bahkan anak-anak Tokti juga sentiasa menjadi tumpuan netizen di laman sosial media.

Selain cahaya mata perempuannya iaitu Aafiyah yang sering menjadi tumpuan, cahaya mata yang kedua hasil perkahwinan Toktik dan Datuk Khalid juga mencuri perhatian netizen.

Cahaya mata kedua yan diberi nama Muhammad Afwa itu kini sudah berusia tiga bulan selepas didedahkan oleh Tokti sendiri.

Terbaru, Tokti menuatnaik foto Muhammad Afwa menerusi laman Instagramnya. Malah, komen anak tiri Tokti iaitu Asyraf Khalid turut menarik perhatian netizen apabila Ashraf Khalid akui, muka Muhammad Afwa sama seperti mukanya sewaktu kecil dahulu.

Melihat semula pada gambar anak lelaki Tokti, sememangnya Muhammad Afwa sama iras dengan abangnya, Asyraf Khalid.

Netizen yang melihat komen Asyraf turut bersetuju dengan kata-kata Asyraf Khalid. Iras sangat wajah mereka berdua.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi selepas Tokti berkongsi foto Afwa di laman Instagram. Wajah Afwa juga dikatakan banyak menyerupai ibunya berbanding bapanya.

Netizen juga memuji wajah comel Afwa yang kini semakin membesar dengan sihat. Tidak mustahil, ramai netizen menantikan perkembangan Afwa dari semasa ke semasa.

Semoga Muhammad Afwa menjadi anak yang soleh ya. Ramai ternanti-nanti perkembangan Afwa ni.

Sumber: Instagram Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!