“Rezeki dia, xpela time2 pndemik ni besar nilai 3 ribu tu” – Netizen

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah boleh dikatakan mengenai tuah pemenang program I Can See Your Voice episod malam tadi iaitu Abdul Rahman Muttaqin. Episod malam tadi telah menampilkan penyanyi Adira sebagai penyanyi jemputan. Adira yang kelihatan keliru bagaimanapun telah memilih penyamar bersuara sumbang sebagai peserta akhir untuk berduet bernyanyi bersama beliau di akhir rancangan.

Rancangan I Can See Your Voice merupakan sebuah program yang diadaptasi daripada sebuah program di Korea dan sehingga kini telahpun bersiaran sebanyak 4 musim. Rancangan tersebut menampilkan Shuk Sahar dan Sean Lje sebagai pengacara. Panel penyiasat jemputan untuk malam tadi adalah Han Byul, Bella Astillah dan Atu Zero.

Kehadiran Atu Zero malam tadi memeriahkan lagi suasana kerana kerap bertiikam lidah bersama Adira demi menyakinkan pelantun lagu Takdir Tercipta itu untuk menyingkirkan peserta berdasarkan tekaan beliau. Rancangan I Can See Your Voice bersiaran setiap hari Ahad pada pkul 9 malam menerusi saluran TV3.

Gambar pemenang episod malam tadi turut dikongsikan menerusi instagram TV3 Malaysia. Menerusi hantaran berkenaan pihak TV3 turut mengucapkan tahniah kepada pemenang.

Gambar pemuda berkenaan bersama artis jemputan Adira sambil memegang hadiah bernilai RM3000 menarik perhatian netizen. Wang tunai berjumlah RM3000 yang diterima oleh pemuda berkenaan cukup besar nilainya ketika musim pndmik ini.

Menjengah keruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap kemenangan pemuda berkenaan. Ada yang memuji teknik nyanyian beliau yang cukup meyakinkan sehingga Adira dan panel penyiasat benar-benar percaya bahawa beliau merupakan seorang penyanyi.

Namun tidak kurang juga yang geram kerana Adira tidak percayakan Bella Astillah yang berusaha untuk mempertahankan penyanyi misteri yang diwakili oleh beliau.

Namun begitu ternyata rezeki berpihak kepada pemuda tersebut dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM3000. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen.

“kan.. tau tak pe.. bagus jugak rancangan ni time – time pndemik ni.. alang- alang semua orang perlu kan duit.. nak dibandingkan dengan bantuan kerajaan.. rasanya lambat lagi” – Netizen

“Pandai betul dia menyamar sampai masa lip sinc dia berpeluh tadi” – Netizen

“suara dia masa miming memang guna suara mawi pun…ketara laa… tak kan tak perasan? kann… memang mnyamar” – Netizen

“Masa dia lipsync ,terasa mcm dia ni penyamar..gaya dia lipsync over sikit.. hahaha kalau bella astillah betul – betul yakinkan adira , takkan adira singkirkan budak baju kuning ..” – Netizen

“Hahaha tu lah adira tak nak lagi percaya kan bella astillah kan dh kene, nak sgt ikut ckp lelaki fad din alif ni mmg sgt kuat menipuu” – Netizen

“Cuba jemput Khai bahar jadi artis panel jemputan pulak lah. Artis jemputan dia dah tahun 2019 nak tengok gak cara dia menyiasat HAHAHA” – Netizen

Alhamdulillah tak sia-sia usaha pemuda tersebut. Dengan menyertai pertandingan nyanyian seperti I Can See Your Voice semasa musim pandemik ini secara tidak langsung membantu untuk meringankan beban kewangan apabila berjaya membawa pulang hadiah kemenangan. Tahniah

Sumber : Instagram tv3 malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!