“Ingat nyanyi lagu Hindustan tadi” – Netizen

Meskipun Neelofa mahupun PU Riz sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kehamilan Neelofa itu namun para peminat tetap percaya bahawa selebriti kesayangan mereka itu sememangnya telah hamil. Di satu pertemuan lain yang di rakamkan oleh pihak media sebelum ini, Neelofa ada menyebut bahawa beliau meminta orang ramai terutama pengamal media untuk menghormati privasi dirinya yang mahu menyimpan sesetengah perkara buat dirinya sendiri dan tidak bertanyakan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Kongsi Neelofa lagi, beliau hanya akan berkongsi perkara berkenaan sekiranya perlu dan sudah sampai masanya nanti. Namun sekiranya orang ramai mendapati tubuh badan beliau kelihatan berbeza maka ianya benarlah berbeza daripada sebelum ini.

Khabar angin berkenaan semakin jelas apabila baru-baru ini pasangan ini telah hadir untuk menghadiri perbicaraan sebutan k3s mereka di mahkamah Seremban. Perubahan ketara pada tubuh badan Neelofa yang sedikit berisi mencuri perhatian orang ramai.

Bekas pengacara Meletop itu juga kerapkali di lihat mengusap -usap perutnya. Malahan bentuk badan pengacara itu juga kelihatan sedikit berisi di mana menguatkan lagi khabar angin dan dakwaan para peminat bahawa beliau sememangnya berbadan dua.

Walaupun Neelofa dan suaminya tidak mengakui mahupun menidakkan mengenai kehamilannya namun para peminat tetap mendoakan pasangan ini. Semoga perjalanan sepanjang tempoh kehamilan beliau dipermudahkan dan diberikan kelancaran.

Di satu perkembangan yang lain pula, PU Riz dan Neelofa masih lagi aktif dengan pelbagai aktiviti perniagaan mereka. Malahan terbaru pasangan berkenaan memperkenalkan kalendar dan juga buku ‘planner’ sempena tahun baru yang bakal menjengah tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian terkini PU Riz di Instagram peribadi miliknya, suami kepada selebriti dan usahawan Neelofa itu telah berkongsi pula satu lagu tema bagi salah satu saluran penjualan di bawah syarikat mereka iaitu Markaz Tijari.

Lagu tersebut berkisarkan mengenai pelbagai produk yang dijual dan boleh di dapati di bawah Markaz Tijari yang merupakan salah satu saluran penjualan kelolaan syarikat mereka. Menariknya lagi lagu tersebut dinyanyikan sendiri oleh PU Riz.

Lagu berkenaan kedengaran sangat unik malahan ada ketikanya di rasakan seperti menyuntik elemen Muzik Arab di dalam susunan muzik dan juga cara nyanyian PU Riz. Namun begitu ada masanya juga suara PU Riz kedengaran seperti membawakan lagu Hindustan pula.

Menjengah keruangan komen, warganet tidak putus memuji usaha pasangan selebriti tersebut dalam usaha mempromosikan produk keluaran syarikat mereka. Pelbagai reaksi yang dapat dilihat di ruangan komen.

Rata- rata dalam kalangan Netizen tidak mengangka PU Riz mempunyai bakat sebagai penyanyi. Tidak kurang juga warganet yang berkata lagu tersebut saling tidak tumpah seperti lagu Hindustan. Berikut antara komen- komen yang ditinggalkan netizen.

Tidak sangka terserlah bakat yang dimiliki oleh PU Riz. Ternyata beliau bukan sahaja berbakat sebagai seorang pelakon malahan mempunyai kebolehan untuk menyanyi. PU Riz juga mempunyai sifat kelakar apabila sering bergurau dan mengusik isterinya dalam beberapa video yang dikongsikan di Instagram peminat sebelum ini.

Kebolehan PU Riz dalam berlawak juga terbukti apabila beliau menjadi tetamu jemputan bagi kumpulan Tobat di dalam pertandingan Maharajalawak Mega minggu lalu sehingga berhasil menyumbangkan markah yang tinggi dalam persembahan kumpulan lawak berkenaan tempoh hari.

Sumber: ig PU Riz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!