“Me 11 tahun lepas, paling dasyat awning tudung tu ribut petir pun tak goyang”- Faezah Elai

Fenomena drama tempatan dahulunya cukup menggamit memori buat pelakon-pelakon senior Malaysia. Pelakon-pelakon senior termasuklah pelakon cantik manis Faezah Elai cukup popular dengan lakonan mantapnya. Faezah Elai juga pernah memegang watak her0in untuk kebanyakan drama ketika itu. Dengan wajahnya ala-ala kacukan itu, Faezah antara pelakon wanita yang masih kekal awet muda sehingga kini.

Begitu cepat masa berlalu, sudah hampir 11 tahun berlalu tatkala pelakon Faezah Elai menjadi her0in bagi salah sebuah drama iaitu Asmara yang pernah ditayangkan di TV3. Faezah terkenang memori 11 tahun lalu dan dikongsikan di laman Instagram miliknya.

Tujuan asalnya, Faezah hanya mahu melihat wajahnya pada 11 tahun lalu dan menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dirinya mengubah bentuk wajahnya.

Sebelum ini, ada dakwaan daripada netizen mengatakan Faezah sengaja melakukan perubahan pada mukanya dan kelihatan berbeza wajahnya yang dulu.

Namun ia hanyalah dakwaan sahaja. Faezah sendiri akui, dirinya tidak melakukan sebarang pembdahan muka yang jelas hukumnya adalah Haram.

Sementara itu, video lama yang dikongsi Faezah telah menjadi tumpuan prminatnya dan menarik perhatian pelawak Achey sehingga memberi komen pada posting video tersebut.

Lebih menjadi perhatian apabila mata-mata netizen lebih tertumpu kepada tudung lama yang dipakai Faezah menerusi drama tersebut. Legend sungguh tudung awning keras itu hehe..

Legend betul drama dulu-dulu, terus Faezah elai throwback zaman kegemilangan dia pakai tudung awning keras hehe..

Sumber: Instagram faezahelai

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!