“Aku banntai jugak abg ni kang” – Reen Rahim

Achey ni kalau tidak membuat lawak sehari,memang tidak tenanglah kehidupannya. Ada sahaja perkara lucu yang disajikannya setiap hari buat tatapan para peminat. Kalau dah start Achey ni melawak, memang pasti berdekah-dekah tawa para pengikut Achey. Sampai kejang perut nak ketawa, lawak benar. Walaupun kadang-kadang simple je sebenarnya video Achey, tapi bab reaksi rupa dan cption Achey tu yang selalunya netizen tak boleh nak tahan.

Makin-makin lagi zaman sekarang yang dipenuhi dengan aplikasi canggih seperti TikTok, memang berterabur video lucu yang boleh didapati dalam aplikasi ni yang menjadi kegilaan ramai para remaja. Orang dewasa juga tidak terkecuali, contoh terdekat yang kita boleh ambil ni Achey la.

Banyak juga sebenarnya artis artis Malaysia yang mempunyai akaun TikTok dan kebanyakkan mereka semuanya handal handal belaka menggunakan aplikasi ini. Achey juga turut tidak ketinggalan untuk menggunakan aplikasi TikTok.

Korang dah tengok ke video pendek Achey tu? Pendek je video tu, kurang daripada 20 saat pada tanggapan min. Tapi walaupun pendek, video tu tetap berjaya menghiburkan para followers Instagram Achey. Achey kelihatan seperti orang putih dah min nampak selepas mencuba filter TikTok tu.

Dah macam patung Ken min perhati muka Achey ni, hehehe. Dashyat Achey ni apabila menggunakan filter, dah tak boleh nak cam rupa asli Achey. Achey pun turut terhibur dengan filter ni. “Filter pun tipu,” ujar Achey dalam ruangan caption.

Antara artis Malaysia yang tidak ketinggalan untuk mngalkan komen ialah Reen Rahim, Noorkhiriah dan Nadia Mustafar.

Masing-masing merasa lawak dengan gelagat Achey. Para netizen juga tergelak besar dengan posting Achey. Ada juga yang sempat mengusik Achey yang kononnya Achey dah kelihatan seperti avatar cuma yang beza tu warna sahaja.

Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan muka Achey bertukar menjadi ‘flawless’ terus. Walaupun baru 11 jam yang lalu Achey mengongsikan video TikTok ini, namun sudah mengumpul sebanyak 41,896 tontonan dan 89 komen.

Selain berkerjaya sebagai pelakon dan pelawak, Achey juga aktif menggunakan akaun Instagramnya sebagai platform untuk mempromosikan produk diiet dari daryteatox.

Bagi para followers Achey yang sekarang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, korang bolehlah try produk saranan Achey, mana tahu benar-benar berkesan membantu membuang lemak-lemak degil yang bermaharajalela dalam badan korang.

Maharaja lawak mega yang bakal ditayangkan di saluran Astro Warna siaran 107 yang akan bermula pada 15 Oktober tahun ini pastinya sesuatu yang para peminat Achey tidak mahu ketinggalan. Bersedia sahajalah mana tahu ada yang saakit per0t gara-gara terlebih ketawa.

Sumber: Instagram Achey

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!