“Tok sey jemput Kak Cat la, seramm” – Netizen

Perkahwinan merupakan saat yang indah bagi pasangan yang mengimpikan hidup bahagia bersama dengan pilihan hati masing-masing. Setelah berbulan-bulan sudah membuat perancangan yang teliti mengenai majlis persandingan, akhirnya satu tarikh akan dipilih untuk melangsungkan majlis kahwin yang sudah cukup sempurna pada pandangan peribadi. Segalanya sempurna sehinggalah ketibaan kumpulan ‘makcik bawang’. Memang tidak lengkap majlis perkahwinan seseorang jika tidak ada kehadiran kumpulan ‘terhangat’ ini.

Kumpulan makcik bawang ini selalunya pemerhati yang ‘hebat-hebat’ belaka. Kesilapan kecil sekecilnya kuman pun dapat dikesan oleh mereka. Maka, bermulalah sesi ‘membawang’ apabila terdapat sesuatu yang tidak sesuai di mata mereka.

Seperti yang Catriona Brian Ross atau lebih mesra dipanggil sebagai kak Cat kongsikan menerusi akaun Instagram beliau, memang sangat tepat aksinya meniru gelagat kumpulan makcik bawang semasa berada di suatu majlis perkahwinan.

Hebat kak Cat bab-bab meniru aksi makcik atau kakak bawang mengumpat ye. Kalau dah pelakon tu, bab-bab lakonan itu memang nombor satu. Jadi kakak bawang ke, hntu bawang ke, semuanya tiada masalah.’Smooth’ je aksi kan.

Video perkongsian kak Cat kira-kira 12 jam yang lepas telah mendapat sebanyak 6,898 likes dan 343 komen.

Dalam perkongsian video pendek kak Cat yang berdurasi lebih kurang 30 saat itu, kak Cat kelihatan sedang membandingkan situasi perkahwinan antara mat salleh dengan rakyat Malaysia yang dihadiri oleh para jemputan.

Kalau kat negara mat salleh, elok je perangai para jemputan. Siap terharu lagi dengan kebahagiaan pengantin. Kalau kat Malaysia pula, alahai, saiz serta rupa paras pengantin tu yang dikomen. Kahkahkah.

Tergelak min dengan kebenaran aksi tiruan kak Cat ni. Tu belum kira lagi para jemputan yang mengomen rasa makanan kerana kurang sedap.

Banyak warganet yang tidak dapat menyangkal kebenaran hal ini seperti aktress jelita Erra Fazira, yang turut menyokong pendapat kak Cat. Rakan artis yang lain seperti Ummi Nazeera dan Mimi Fly juga tidak ketinggalan untuk mngalkan komen dalam video perkongsian kak Cat.

Rata-rata netizen turut merasakan perkara yang sama ketika datang berkunjung ke majlis perkahwinan seseorang. Mesti ada saja kewujudan kumpulan makcik atau kakak bawang ni.

Anda pula tergolong dalam kumpulan yang mana? Kalau datang ke majlis tu asyik mengomen je kerja, memang sah lah korang juga tergolong dalam kumpulan ‘makcik’ atau ‘kakak bawang’. Kihkihkih..

Kalau boleh, belajarlah menghormati majlis seseorang ye. Mereka pun dah cuba sedaya upaya mereka untuk menyempurnakan majlis mereka tu.

Aktress jelita kak Cat yang berdaarah campuran Scottish-Malay ni baru-baru telah dicalonkan sebagai Artis Versatil Meletop, Personaliti TV Melet0p dan Program TV Melet0p.

Kata kak Cat menerusi perkongsiannya di Instagram, dia amat berterima kasih dan berasa terharu kerana watak dan semua kerja keras kak Cat selama ini dalam bidang seni telah diiktiraf. Selain itu, kak Cat juga sering berkongsi resepi masakan juga menerusi akaun Instagram beliau.

Sumber: Instagram Catriona Ross

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!