“Saya nak jd PA Dato Seri boleh” – Shuib Sepahtu

Gamaknya sudah sampai ke peringkat memerluukan, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) membuat hebahan di media sosial tentang iklan jawatan kosong bahawa dirinya memerluukan seorang pembantu peribadi (PA). Baharu dimuatnaik 18 jam lalu, hantarannya itu mendapat lebih 23k tontonan. Apa tidaknya, iklannya itu bukan biasher-biasher. Apa yang menarik perhatian, gaji yang ditawarkan hingga RM10k.

Begitupun, kriteria yang diperluukan adalah seorang lelaki yang masih bujang dan berumur dalam lingkungan usia 25 hingga 30 tahun ya. Yang penting wajib handsome katanya. Ha…begitu ya.

Menariknya, tawaran DSV itu mendapat banyak komen daripada netizen di posting beliau. Tak kurang yang mahu diambil bekerja, malah ramai juga yang tag kawan dan saudara mereka yang dirasakan sesuai dengan kriteria yang diperluukan.

Dalam banyak-banyak komen itu, diam tak diam, pelawak, Shuib Sepahtu turut menyelitkan komen beliau yang menanyakan sama ada beliau boleh diambil bekerja sebagai PA kepada DSV. Agak ‘drama’ di situ apabila coretannya itu dibalas DSV berbunyi: ‘AWAK APPLY JADI CALON LAIN LA”.

Komen balasan DSV kepada Shuib itu yang turut diakhiri dua emoji iaitu senyuman dengan menutup mulut dan emoji menutup kedua mata itu tampaknya menarik lebih 300 komen netizen lain. Ada yang menyatakan Shuib hanya mahu menyakat DSV, begitu juga sebaliknya.

Apa pun, jika Shuib berminat nak apply jadi ‘calon lain’ tu tak tahu pula kan… Lain maciammm bunyiknya yang DSV tulis tu.  Hanya mereka yang tahu. Manalah tahu benar-benar ada jawatan kosong sesuai untuk Shuib ‘bekerja’ dengan DSV.

Dalam pada itu, ramai pula yang mempertikaikan DSV yang meletakkan syarat-syarat calon yang hendak bekerja sebagai PA nya. Paling mendapat pertanyaan mengapa hanya hendak yang handsome dan bujang. Ciri-ciri itu sekali gus dikaitkan dengan PA beliau sebelum ini, Iqbal.

Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli yang sudah popular dek viral kisahnya dikatakan menaruh perasaan dengan DSV sebelum itu, namun kemudiannya terhenti di pertengahan jalan. DSV juga didakwa mempunyai rasa sama dengan beliau tetapi entah mengapa, Iqbal pula ‘menolaknya’.

Sudahnya kisah mereka pi mai pi mai tang tu. Tup tup DSV up hantaran hendak mencari PA barunya selepas Iqbal berlalu pergi. Banyak juga cakap-cakap netizen di komen posting beliau itu dengan menebak di samping mencari PA, DSV juga gamaknya hendak mencari calon pasangan hidup. Wallahualam.

Apa pun didoakan selamat berjaya dalam interviu kepada bakal calon PA buat DSV. Kalau sekali gus jadi ‘calon lain’ tu kira bonus lah juga kan? DSV pun memang masih cantik selain masih belum ada teman hidup yang baru… Ah sudah jangan merepek…ah calon-calon PA DSV cepat hantar resume.

Sumber : Ig Datuk Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!